"Perjuangan untuk dapatkan duit itu setakat ini saya belum dapat apa-apa daripada pihak berkenaan. Tindakan selepas ini, saya tidak ada fikir apa-apa lagi. Biarlah dulu, harap bayarlah. Kerana sebelum ini saya terd£sak untuk kegunaan abah, beli katil dan sebagainya."
Itulah jelas pelakon Amir Raja Lawak, dimana katanya, sehingga kini dia masih belum mendapat bayaran daripada sebuah stesen televisyen terkenal sehingga bapanya, Azmi Deris, meninggal dunia malam semalam.
Kata Amira, sebelum ini, dia terd£sak untuk mendapatkan baki bayaran sebanyak RM18,000 untuk menampung kos rawatan bapanya yang menghidap kans£r usus.
Amir bagaimanapun berasa syukur kerana ramai pihak tampil untuk meringankan b£bannya serta keluarga.
Antaranya yang membantu, Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim; Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud dan ramai lagi.
Selain itu, Amir meluahkan rasa puas hati apabila dapat menjaga bapanya yang diuji dengan kans£r usus tahap empat dengan sebaik mungkin.
"Sebelum akhir hayatnya, abah ada minta hendak makan nasi kerabu, saya tunaikan walaupun dia hanya makan sesuap dua sahaja. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan, terima kasih kepada semua yang mendoakan," ujarnya.
Jelas Amir lagi, arwah bapanya itu meninggal dunia pada jam 10.52 malam di Hospital Pakar USM Kubang Kerian disamping semua ahli keluarga.
Tambahnya, solat jenazah diadakan jam 9.15 pagi dan selamat dikebumikan sekitar jam 10.15 pagi.
Dalam pada itu, ujar Amir, sepatutnya dia ke Kuala Lumpur pada jam 2 petang hari ini bagi menghadiri sidang akhbar Muzikal Lawak SuperStar.
"Saya juga mendapat tawaran berlakon filem bersama Prof A.Razak Mohaideen. Walaupun begitu, saya akan tetap tinggal di Kelantan dan berulang alik ke Kuala Lumpur jika ada peluang pekerjaan," tuturnya.
Sebelum ini, Amir terpaksa 'mencairkan' sal@h satu aset miliknya, iaitu sebuah kereta jenis Proton Juara bagi mendapatkan wang segera susulan masih belum menerima bayaran daripada sebuah stesen televisyen terkenal.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment