23 September 2025

DEMI KEBAIKAN ANAK-ANAK - NORA ARIFFIN AKUI TAK PERNAH BERHENTI BERDOA : "SAYA HANYA MAMPU BERDOA AGAR MEREKA DIBERIKAN HIDAYAH SERTA PEDOMAN..."



"Allah saja yang tahu apa yang kami lalui. Buat masa ini saya hanya mampu berdoa kepada Allah SWT agar mereka diberikan hidayah serta pedoman untuk kembali ke pangkal jalan. Insya-Allah (dengan izin Allah). Terima kasih semua."
Demikian tutur penyanyi Datuk Nora Ariffin, menerusi satu hantaran di media sosial, dimana katanya, dia tidak pernah berhenti berdoa untuk kebaikan anak-anaknya.

Ujar Nora, hidayah adalah milik Allah SWT dan sebagai ibu, dia sentiasa memberikan nasihat yang baik-baik dan tidak pernah putus berdoa memohon segala kebaikan untuk anak-anaknya.

Nora tampil dengan kenyataan itu selepas berdiam diri mengenai tular berita anaknya, Putri Dahlia, 21, membuat keputusan untuk tidak lagi bertudung.

Terdahulu, Putri Dahlia menarik perhatian ramai apabila dia tampil tidak bertudung pada malam kemuncak Anugerah Industri Muzik ke-24 (AIM24) yang berlangsung di Arena of Stars, Genting Highlands, baru-baru ini.

Kenyataan Dahlia yang mendakwa keputusannya disokong keluarga dan berasa lebih dekat dengan Allah selepas muncul dengan imej tidak lagi bertudung itu telah mengundang kemar@han ramai.

Jelasnya lagi, keputusan itu dibuat dengan penuh kesedaran selepas lebih 15 tahun mengenakan tudung sejak berusia enam tahun.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: