"Bukan dia (isteri Riezman Khuzaimi)! Dia tiada kena mengena dengan saya. Kami tak pernah kenal. Saya cuma pernah tengok suami dia berlakon dalam drama dulu-dulu sebelum berniaga. Isteri dia lagilah saya tak pernah tahu kewujudannya."
Itulah kata usahawan terkenal, Kak Ton, 67, yang tampil menjernihkan keadaan, dimana dia menafikan isteri kepada pelakon Riezman Khuzaimi iaitu Datuk Azie Sheikh Mohd, menghantar sih1r kepadanya seperti yang didakwa netizen.
Nama isteri Riezman hangat diperkatakan dan menjadi bualan netizen selepas dikaitkan sebagai individu yang didakwa menghantar sih1r kepada Kak Ton.
Ulas Kak Ton, dia menyifatkan tuduhan itu sebagai tidak berasas kerana tidak mengenali wanita berkenaan, sebaliknya hanya mengenali Riezman sebagai pelakon yang pernah dilihatnya di televisyen suatu ketika dahulu.
Klik untuk gambar besar
Jelasnya lagi, dakwaan yang ters£bar di media sosial berpunca daripada sp£kulasi netizen yang terlalu ingin mengetahui siapa pelaku sebenar yang sanggup menghantar sih1r kepadanya.
"Netizen sengaja tulis macam-macam sehingga timbul fitn@h. Saya tak pernah sebut nama siapa-siapa hanya saya, Allah dan orang itu saja yang tahu. Saya selalu nasihat pada netizen agar tidak burvk sangka dengan sesiapa kerana saya tidak menyebut nama pelaku," ujarnya.
Disamping itu, Kak Ton menjelaskan, dia berkongsi mengenai pend£ritaan yang ditanggung akib@t sih1r adalah bertujuan untuk memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai kewujudan ilmu hit@m dan bukan menuduh mana-mana individu.
"Perkara macam ini tidak boleh main petik saja nama orang, itu berd0sa. Saya berkongsi bukan buat niat nak tuduh sesiapa. Tapi untuk dijadikan pengajaran kepada orang ramai bahawa sih1r itu ada dan berharap mereka sentiasa berjaga-jaga," tuturnya.
Sebelum ini, Riezman, 55, dalam sebuah temu bual bersama media menganggap tuduhan ke atas isterinya adalah sesuatu yang tidak berasas dan sekadar komen li@r netizen.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment