23 September 2025

INA NAIM AKUI LEBIH MEMILIH BELI BAHAN SEGAR KALAU NAK MASAK : "MEMANG KITA ORANG TAK NAK PETI AIS, TAK PENTING PUN... ADA TAPI TAK FUNCTION"



"Sebenarnya macam ni tau, pasal peti ais tu sebenarnya kami memang daripada nikah tu memang kita orang tak nak peti ais. Tak penting pun. Cakap je, benda tu ada tapi tak function.
"Peti ais ni sebab kami menetap di Kelantan. Kedai sayur semua tepi jalan sahaja. Semua segar, ikan pun segar. Dan kami ini jenis makan, pagi masak lain, nanti malam kami makan di luar.

"Kadang-kadang memang selera kita, bukan waktu ni, tengah hari makan asam pedas sampai ke malam. Nanti malam akan ada arwah kata 'jom kita makan', contoh sahaja kalau kita makan mamak."

Demikian jelas penyanyi Ina Naim, dimana dia berkongsikan arwah suaminya Suhaimi Saad ada menyediakan peti ais serta kelengkapan lain di rumah namun baginya itu bukan satu keperluan.

Ina menerusi temu bual bersama Mingguan Wanita, berkata, mereka sekeluarga lebih memilih untuk membeli bahan mentah yang segar di pasar setiap hari.

Sementara itu, anak sulung Ina iaitu Ehmad Hadie Elfardie pula berkata, mereka akan membeli bahan segar jika mereka sekeluarga mahu makan sesuatu menu dan tidak perlu menyimpan di peti ais.

"Contoh hari ni kita nak makan tomyam, kita beli je bahan-bahan, kita masak. Tak payah simpan," katanya.

Dalam pada itu, ujar Ina lagi, meskipun mereka mempunyai segala peralatan tersebut, namun ianya tidak digunakan, sebaliknya mereka menghantar pakaian ke dobi.

Kata Ina, malah mesin basuh yang dimiliki oleh mereka, arwah suaminya memberikan kepada jiran.

"Kebetulan jiran kami r0sak mesin basuhnya. Arwah suami kemudian berkata, 'Adi sini, pergi bersihkan mesin basuh tu bagi'. Tu yang dia bagi dekat depan rumah tu. Abang Hadie angkut, eh? Angkut tu," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: