24 September 2025

REDA KAKI KIRI DIPOT0NG - SATHIYA MAKLUM DALAM KEADAAN BAIK & TETAP TENANG, MESKIPUN UJIAN ITU AGAK BERAT



"Saya gembira saja macha (panggilan untuk kawan). Kaki kiri saya terpaksa dipot0ng Jumaat lalu. Saya yakin dengan keputusan dibuat pakar perubatan disini. Mereka lebih tahu apa yang terbaik. Sekarang saya berada dalam keadaan baik. Selera makan pun okay saja."

Itulah tutur pelawak dan pelakon veteran, Sathiya, 61, dimana dia reda selepas kaki kirinya terpaksa dipot0ng sehingga paras lutut pada Jumaat lalu.

Ujar Sathiya, dia bagaimanapun tidak rasa sedih sebaliknya p0sitif serta memaklumkan dirinya dalam keadaan baik serta tetap tenang kerana ada keluarga dan sahabat disisinya, meskipun ujian tersebut agak berat

"Saya dah 42 tahun bergiat dalam industri kreatif. Saya okay saja. Saya ada isteri, anak-anak dan kawan-kawan yang sentiasa ada bersama," katanya.

Klik untuk gambar besar

Dalam pada itu, anak sulung Sathiya iaitu Amani memaklumkan, kerana jangk1tan kum@n akib@t saraf dar@h yang tidak lagi berfungsi, kaki kiri bapanya itu terpaksa dipot0ng.

"Rabu lalu kami datang hanya untuk cuci luka saja, tetapi doktor beritahu kaki ayah sudah b£ngkak dan saraf dar@h tidak lagi berfungsi di bahagian itu.

"Selepas lakukan X-ray, doktor maklumkan kaki kiri ayah terpaksa dipot0ng segera," kongsinya yang turut berkata, bapanya itu dilihat p0sitif selepas kaki kiri dipot0ng dan mahu terus aktif dalam bidang seni.

"Katanya kalau ada tawaran dia akan tetap terima sebab pekerjaannya hanya memerlukan dia menggunakan mulut walaupun serba kekurangan," jelasnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: