24 September 2025

RISAU TERP£SONG AKIDAH DEK BAWA WATAK KETUA AJARAN S£SAT - ELLIE SURIATY AKUI DIA SENTIASA MENGAMALKAN DOA & MEMOHON KEAMPUNAN : "ALLAH TAHU NIAT SEBENAR SAYA INI..."



"Setiap kali saya masuk set, saya akan berdoa dan minta maaf kepada Allah SWT berulang kali. Saya juga minta kelancaran kata-kata, pemikiran dan penyampaian.

"Walaupun saya melakonkan watak ajaran s£sat tapi Allah tahu niat sebenar saya ini untuk menjadi cermin supaya orang ramai tidak menjadi m@ngsa sc@m atau pen1puan."

Demikian ujar pelakon Ellie Suriaty, 55, dimana dia tidak pernah mengambil ringan setiap kali melakonkan watak mencab@r terutama apabila terpaksa membawa peranan sebagai ketua ajaran s£sat menerusi drama 'Ibu Aji'.

Berhubung itu, Ellie berkata, sebelum melangkah ke set penggambaran, dia sentiasa mengamalkan doa dan memohon keampunan kerana bimbang tersas@r akidah.

Klik untuk gambar besar

Menurut pelakon itu lagi, doa yang dibacanya kadang kala terlalu panjang sehingga mengambil masa sepanjang perjalanan dari rumah ke lokasi penggambaran dan jelasnya, tindakan tersebut diambil kerana enggan terasa tidak mampu menyampaikan watak dengan baik.

"Setiap kali saya ada watak seperti ini memang akan berdoa panjang, boleh jadi dari saya masuk van ketika diambil pemandu. Saya akan berdoa dalam hati dan pemandu akan selalu tengok saya angkat tangan sampai set penggambaran.

"Bila tiba di set saya juga akan jalan diam-diam tanpa bercakap dengan orang kerana doa saya tak habis lagi. Baru saya lapang dada untuk teruskan kerja. Kalau tidak saya akan rasa tersekat dan ia tak boleh lepas, itu gunanya untuk berdoa dulu," jelasnya.

Kongsi Ellie, watak Ibu Aji digambarkan sebagai individu lic1k yang bijak memp£ngaruhi orang ramai, sekali gus perlu menyampaikan peranan itu dengan penuh keyakinan.
"Tak boleh nampak tak selesa kerana dia (Ibu Aji) sc@m paling licik. Watak ini harus nampak berkarisma dan menyakinkan kerana itu adalah cara dia menarik perhatian orang," luahnya yang juga memberitahu, dia sudah bersedia dengan kec@man orang ramai dengan hasil lakonannya di dalam filem berkenaan.

Ulasnya lagi, dia menerima watak berkenaan bukan untuk menjadi bahan kec@man, sebaliknya mengetahui ia adalah tanggungjawab dalam memberi kesedaran kepada orang ramai.

"Saya tahu cerita ini akan kena kec@m, bukan kerana saya suka kec@m tapi saya ini pelakon dan tidak lepas daripada kec@man. Saya terima watak ini bukan untuk dapat kec@man tapi sebab rasa tanggungjawab itu lebih besar. Antara saya dan netizen lebih baik saya yang bawa watak ini berbanding mereka," tuturnya.

Untuk makluman, 'Ibu Aji' yang diarahkan oleh Amor Rizan, dimana ia turut menampilan pelakon seperti Fazlina Ahmad Daud, Irsyadi Noor, dan ramai lagi dan filem itu boleh ditonton di platfrom Karya Reels yang baharu sahaja dilancarkan pada 23 September lalu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: