"Apa sahaja komen yang baik atau buruk, saya terima dengan hati terbuka. Tidak pernah terdetik rasa mar@h atau s@kit hati. Saya terima segala teguran. Semoga doa yang bagus akan berbalik semula kepada saya serta mereka yang mendoakan."
Itulah jelas pelakon Liyana Jasmay, 37, yang tampil menberi respons terhadap teguran pendakwah bebas PU Syed berhubung penampilan s£ksinya.
Ujar Liyana, dia tidak mel£nting atau berk£cil hati dengan krit1kan tersebut, sebaliknya menerima setiap pandangan dengan hati terbuka sebagai sebahagian daripada lumrah bergelar anak seni.
Namun kata Liyana, dia hanya akan bersuara sekiranya krit1kan dibuat melibatkan arwah kedua ibu dan bapanya, selain memberitahu, dia juga tidak membaca komen-komen di media sosial atau laporan di p0rtal hiburan kerana mahu memberi fokus kepada urusan peribadi dan kerjaya seni.
"Siapa yang bercakap buruk pun, saya maafkan. Tolonglah tegur kalau saya ada buat silap kerana saya tak pernah ambil hati kecuali mereka sentuh fasal ibu bapa.
"Saya tidak baca sebarang komen dalam media sosial, itu hak mereka. Sebagai selebriti, setiap orang ada hak untuk menyuarakan pendapat. Jadi apa sahaja yang ingin katakan terpulang pada diri sendiri. Saya tidak mahu menghalang atau mar@h.
Klik untuk gambar besar
Sebelum ini, Liyana berdepan kec@man hebat berikutan penampilannya yang dikatakan terlalu s£ksi, namun dia memilih untuk menerima setiap teguran netizen dengan hati terbuka.
Liyana juga secara jujur mengakui dirinya memang gemar bergaya s£ksi, namun tetap menjadikan nasihat yang baik sebagai panduan untuk memperbaiki diri pada masa akan datang.
Susulan itu, kenyataan Liyana menerima respons daripada PU Syed yang mengingatkan tentang hukvm halal dan har@m serta menilai tindakan berlandaskan panduan agama.
Menurut Syed, sesiapa yang memulakan sesuatu amalan buruk akan menanggung d0sa bukan sahaja untuk dirinya, tetapi juga bagi setiap individu yang mengikutinya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment