24 September 2025

KETIKA SESI UJI BAKAT - REMY ISHAK DEDAH PERNAH DITOLAK BANYAK KALI KERANA DIKATA TIADA RUPA : "DIA CAKAP SAYA BOLEH BERLAKON TAPI RUPA TAK BOLEH JUAL"



"Alhamdulillah, saya bermula daripada ujibakat. Banyak tempat saya pergi, semua kena reject. Mereka cakap saya tiada rupa."
Demikian dedah pelakon Datuk Remy Ishak, dimana dia berkongsikan di awal pembabitannya dalam dunia seni bukan mudah kerana banyak kali ditolak ketika uji bakat.

Remy yang berkongsi perkara itu menerusi satu p0dcast, memberitahu, dia banyak melibatkan diri dalam sesi ujibakat, namun sering ditolak kerana dikatakan tiada rupa.

Menurutnya lagi, untuk muncul di kaca televisyen ketika itu, banyak yang mencari wajah pan-asia serta berwajah kacukan.

Dalam pada itu, Remy berkata, dia masih ingat lagi sehingga sekarang dengan kata-kata seorang penerbit terhadapnya bahawa dia tidak memiliki rupa paras yang komersial.

"Masa itu zaman pan-asia. Mereka mencari muka-muka yang kacukan seperti Danny X Factor, Diana Danielle. Saya pernah kena dengan satu penerbit yang saya ingat sampai sekarang. Dan saya pernah jumpa dia juga.

"Dia cakap saya boleh berlakon tapi rupa tak boleh jual. Sebab itu saya tak pernah masuk pertandingan macam Hero Remaja sebab saya tahu saya tiada rupa," ujarnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: