24 September 2025

MUZIKAL LAWAK SUPERSTAR MUSIM KE-5 - MARYAM YOU NARAE ANTARA PESERTA, BELLA ASTILLAH PULA GALAS TANGGUNGJAWAB SEBAGAI JURI



Pentas Muzikal Lawak Superstar musim kelima (MLS5) bakal membuka tirainya pada pada 11 Oktober ini, dimana personaliti media sosial popular DurianKimchi iaitu Maryam You Narae antara sal@h seorang pesertanya dan ia mengejutkan ramai pihak.

Maryam yang berusia 32 tahun itu bakal bergandingan bersama pelakon Zulin Aziz dan Nasz Sally dalam kumpulan yang diberi nama Kimbab.

Kolaborasi tiga wanita ini pastinya menjadi perhatian kerana mereka satu-satunya trio peserta wanita yang bertanding pada musim kali ini.

MLS5 kali ini bertemakan 'Clash of Empire' dengan tagline 'Arena Pahlawak Terbahak Kau Kaw'.

Klik untuk gambar besar

Kelainan musim baharu itu bukan sahaja menampilkan peserta sebagai penghibur, malah mereka akan muncul sebagai wira empayar agung yang diinspirasikan daripada kuasa legenda dunia seperti Rom, Nusantara, Jepun, China, Perancis dan lain-lain.

Menurut Ketua Saluran Astro Prima iaitu Norzeha Mohd Salleh, pihaknya mahu memberikan pengalaman menonton yang lebih segar dan menghiburkan.

"Muzikal Lawak Superstar bukan sekadar sebuah pertandingan lawak semata-mata, tetapi ia menjadi pentas penting yang menyambung legasi industri komedi dan hiburan tanah air.

"Pr0gram ini juga membuka ruang pencarian bakat lawak 'unexpected' daripada kalangan pelakon, penyanyi, influ£ncer dan ramai lagi yang mungkin bukan daripada dunia komedi, namun mempunyai potensi luar biasa," katanya.
MLS5 menampilkan 10 kumpulan yang setiap satunya terdiri daripada gabungan dua pelawak bersama seorang selebriti daripada pelbagai bidang termasuk lakonan, nyanyian dan media sosial.

Antara nama selebriti lain yang turut serta ialah Zahid AF, Naqiu Boboy, Ieda Moin, Aishah Azman, Aziz M. Osman, Farid Along, Joey Daud, Zulin Aziz dan Zul Huzaimy.

Manakala barisan pelawak yang menyertai pertandingan termasuklah Namie, Fad Bocey, Achey, Chiwan, Nizam Jentik-Jentik, Ammar Titans, Ali dan Mamak Puteh.

Apa yang menariknya, pelakon dan penyanyi Bella Astillah turut terbabit dalam pr0gram ini, dimana dia akan mengalas tanggungjawab sebagai juri, bergandingan bersama Datuk Aznil Nawawi dan juga Zizan Razak.

MLS5 akan bersiaran di saluran Astro Prima dan akan dikendalikan oleh Datuk AC Mizal sebagai pengacara.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: