25 September 2025

BILA AMMAR AHYAN MAHU BERLAKON FILEM G4NGSTER BERBANDING FILEM KOMEDI : "SAYA NAK NAMPAK MACHO... SAYA HARAP BOLEH SIMPAN JAMBANG, TETAPI MAK TAK SUKA SANGAT"



"Jangan suruh saya menyanyi. Saya memang tak suka menyanyi. Kalau anda lihat saya menyanyi itu maknanya bapa saya suruh.

"Kalau diberi pilihan saya lebih suka berlakon. Tetapi saya nak berlakon filem g@ngster sahaja, jangan suruh berlakon filem komedi.

#StarsEverywhere #followers #fbpro #santai #myartis #artismalaysia #myartis #santai #BeritaSemasa "Saya nak nampak macho sebab itu nak berlakon filem g@ngster. Sebab baru-baru ini saya tonton filem Bl00d Brothers dan suka dengan watak Ghaz."

Itulah ujar anak sulung kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Shahida iaitu Ammar Ahyan, dimana dia terbuka jika ditawarkan untuk berlakon.

Klik untuk gambar besar

Bagaimanapun, Ammar berkata, dia memilih untuk berlakon filem bergenre g@ngster sahaja kerana mahu dilihat macho.

Bukan itu sahaja, malah Ammar juga mempunyai keinginan untuk menyimpan jambang seperti pelakon Sharnaaz Ahmad, namun ibunya tidak menyukainya.

"Saya harap saya boleh simpan jambang, tetapi mak saya tak suka sangat," tuturnya yang turut mengakui, dia tiada bakat seperti bapanya meskipun dilihat sering membantu bapanya itu berniaga secara 'live'.
Dalam pada itu, Ammar menjelaskan, dia mahu menjadi ahli perniagaan serta menjadi seorang pemimpin.

"Kebanyakan masa saya sewaktu menjual kosm£tik, saya hanya termenung. Saya tak tahu apa nak cakap. Saya tak tahu banyak maklumat dan saya seorang yang pelupa.

"Saya memang tak pandai bercakap tapi yang p£liknya orang suruh jadi pengacara. Saya tak pandai menyanyi orang suruh saya menyanyi. Saya tak pandai masak orang suruh saya jadi cef.

"Saya sebenarnya nak jadi ahli perniagaan dan menjadi pemimpin yang boleh bawa masyarakat ke depan," jelasnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: