25 September 2025

SINGLE KEDUA, 'P RAMLEE SALOMA' BERJAYA KUMPUL LEBIH DARIPADA 22 JUTA CAPAIAN DIGITAL - ALPHA TERHARU MUZIK VIDEO JADI SEBUTAN RAMAI



Selepas melancarkan muzik video (MV) terbaharu mereka berjudul 'P Ramlee Saloma' baru-baru ini, kumpulan Alpha yang dianggotai Rizal Rasid, Araff, Daniel Sher, Ray-D, Izat Ibrahim, Afiq Sky dan Ariel Fesol, sekali lagi menjadi perhatian.

Sejurus dilancarkan, karya tersebut mendapat pujian peminat yang kagum dengan konsep, kreativiti serta penghayatan yang dipamerkan oleh kumpulan tersebut, selain turut berharap karya itu berjaya melangkah lebih jauh hingga ke pentas berprestij Anugerah Juara Lagu (AJL).

"I never thought yang lagu ni dinyanyikan as a group you know, ingat sorang je nyanyi noh sekali tengok bergroup.. you guys punya suara sumpah good as h£ck sia."

"Color grading MV ni cantik, Penjiwaan sampai, vocal on top, ada contemporary dance by main dancer.. overall 10/10 I lurve itttt."

"Ketujuh-tujuh ada vocal yang baik, banyak bakat, herlokkk.. semua lengkap pakej diorang ni... rug1lah sape tak stand diorang ni."

"Cepat la calon ke MM40, harap ada peluang untuk AJL nanti." - "Bismillah AJL." - "Semua suara sedap, tak mustahil diorang jadi lagend weih, nak diorang masuk AJL."

"Layak masuk AJL, lagu sedap, suara sedap, pakej lengkap." - "Tak ada Alpha takdelah mv best macam ni, semoga masuk AJL," demikian antara komen-komen peminat yang kagum dengan karya kumpulan ini.

Dalam pada itu, Alpha menganggap kehadiran MV berkenaan adalah sebagai hadiah buat peminat, dimana ia memaparkan visual penuh romantik dan sinematografi moden bukan sahaja menambah makna pada lagu, malah menjadi simbol kasih sayang kumpulan itu kepada semua yang menjadi 'tulang belakang' dalam karier seni mereka.

Klik untuk gambar besar

"MV ini lahir dari hati kami untuk peminat. Ia menjadi pemangkin untuk kami hasilkan lebih banyak visual yang lebih mantap selepas ini," jelas Ray-D.

Manakala bagi Daniel Sher, dorongan dan sokongan peminat menguatkan lagi semangat mereka untuk berkarya : "Paling 'best' bila baca komen-komen yang kata lagu ini menyentuh hati mereka. Itu motivasi sebenar untuk kami terus berkarya," katanya.

Kata Izat Ibrahim pula, tanpa sokongan luar biasa peminat, kejayaan ini tidak mungkin tercapai : "Terima kasih kepada semua yang menonton, yang strim dan berkongsi lagu ini. Kejayaan ini milik peminat dan kami janji akan tampil dengan komposisi lebih segar selepas ini," tuturnya.

Perasaan terharu jelas dirasai oleh Afiq Sky yang membayangkan sambutan luar jangka : "Baru dua single sahaja kami sudah capai tahap ini. Saya yakin Alpha mampu pergi lebih jauh dengan doa dan sokongan semua," ujarnya.

Sementara itu, Ariel Fesol meluahkan rasa syukur atas perjalanan indah itu : "Ini menjadikan langkah kami lebih bermakna. Jangan berhenti untuk str1m dan s£barkan muzik kami, kerana anda semua adalah kekuatan sebenar Alpha," katanya penuh semangat.

Untuk info, Alpha ditubuhkan menerusi rancangan pr0gram realiti Big Stage Alpha, malah menjadi kumpulan lelaki pertama di bawah naungan label terkenal Rocketfuel Entertainment.

Selepas kejayaan single sulung mereka berjudul 'Monalisa (Bang Bang)', kini Alpha sekali lagi membuktikan kemampuan dengan karya terbaru mereka.
Naskhah yang diinspirasikan daripada cinta agung dan dibawakan dalam bentuk balada moden yang menyentuh jiwa.

'P Ramlee Saloma' diinspirasikan daripada kisah cinta abadi dua legenda seni negara, Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan Allahyarhamah Puan Sri Saloma.

"Saya sangat bangga kerana dalam tempoh singkat sahaja lagu ini berjaya meraih jutaan str1m. Sokongan peminat membuktikan muzik kami diterima dan itu buat saya benar-benar terharu," tutur Rizal Rasid pula.

Hanya dalam tempoh dua bulan selepas pelancaran pada 18 Julai lalu, 'P Ramlee Saloma' berjaya mengumpul lebih daripada 22 juta capaian digital yang merangkumi platform Spotify, YouTube, YouTube Music, Apple Music dan tontonan video pendek.

Bagi sebuah kumpulan yang baru sahaja melangkah dengan single kedua, angka ini membuktikan bahawa muzik Alpha mampu meninggalkan imp@k besar dan mendapat tempat di hati peminat.

Berhubung itu, Araff berkata, kejayaan ini menjadi pembak@r semangat buat mereka : "Bila nampak lagu ini trending, semangat saya naik berganda. Saya mahu peminat tahu bahawa kami akan terus berusaha untuk hasilkan karya yang lebih baik dan saya harap mereka terus bersama kami," ujarnya.

'P Ramlee Saloma' turut dipilih menjadi runut bunyi (OST) untuk drama 'Thariq Ridzuwan: His Treasure' yang dibintangi pelakon popular tanah air antaranya Meerqeen, Qasrina Karim, Evertts Gomes dan ramai lagi.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: