25 September 2025

FOTO KAHWIN TULAR - SABRONZO DOLLA KINI ISTERI DJ DASH BERLIN?



Nama anggota kumpulan Dolla iaitu Sabronzo atau nama sebenarnya, Wan Sabrina Wan Rusli, 30, ketika ini hangat diperkatakan selepas tular foto perkahwinan dipercayai mirip wajahnya.

Menerusi foto yang ters£bar di Thr£ads, terdapat seorang pengguna akaun secara terbuka menyatakan nama Sabronzo, dimana dia didakwa sudah berkahwin dengan jejaka pilihan hatinya.

Malah individu itu turut memuat naik foto Sabronzo yang mengenakan gaun berona putih sambil memegang tangan lelaki di sisinya : "Sabronzo Dolla sudah berkahwin. Tahniah," tulisnya.

Klik untuk gambar besar

Bukan itu sahaja, mereka juga turut memetik nama DJ popular antarabangsa berasal dari Belanda, Dash Berlin sebagai pasangan wanita itu.

Pasangan itu dipercayai diraikan di sebuah pantai dipercayai di Bali, Indonesia, dimana majlis serba intim itu hanya dihadiri rakan serta keluarga terdekat.

Sementara itu, media cuba menghubungi wakil syarikat rakaman Universal Music Malaysia untuk mendapat pengesahan mengenai perkahwinan tersebut, namun tidak berjaya.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen seakan-akan tidak percaya dengan berita itu dan masih berteka-teki tentang kesahihan berita tersebut, namun ada juga yang mengucapkan tahniah kepada penyanyi berkenaan.

"Aku tak rasa ini Ai, apa-apa pun tahniah!" - "Dia kahwin dengan DJ ke? tak bau budulah majlis dia orang," antara komen netizen.
Pada Mei lalu, timbul sp£kulasi yang mendakwa Sabronzo sedang bercinta dengan seorang DJ antarabangsa selepas mereka dilihat berbal@s komen di media sosial.

Sabronzo bagaimanapun tidak menafikan atau mengiyakan mengenai dakwaan bahawa dia kini sedang menjalin hubungan dengan seseorang.

Namun begitu, penyanyi itu belum bersedia untuk mendedahkan identiti lelaki yang sedang bertakhta di hatinya bagi menjaga privasi semua pihak termasuk lelaki berkenaan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: