"Dia yang sangat taat pada jadual dia dan saya bersyukur bahagian itu. Cakap pasal rahsia kejayaan, saya rasa lebih kepada galakkan dia, fahamkan dia kalau hendak berjaya, kena betul-betul fokus.
"Kali ini bila dia usaha, dan saya tengok usaha dia, sangat setia pada jadual sehinggakan waktu Hari Raya pun tak nak raya. Nak keluar ajak dia pergi makan pun tak nak, dia tak nak keluar.
"Ini kerana kami sudah rancang pendekatan itu sejak dia kanak-kanak. Mula-mula memanglah 'struggl£' sikit. Lama-lama dia sudah faham."
Demikian kata penyanyi dan pelakon Erra Fazira, 51, kagum dengan disiplin tertinggi diamalkan anak kesayangannya, Engku Aleesya, 16, sehingga berjaya memperoleh kecemerlangan dalam akademik.
Klik untuk gambar besar
Kata Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, sebagai ibu, peranan besarnya hanya untuk tidak putus beri galakan dan selebihnya memang atas usaha Aleesya yang sangat taat kepada jadual belajarnya.
Meskipun ada komen netizen yang kurang menyenangkan apabila menuduhnya menunjuk, Erra bagaimanapun berharap perkongsiannya mengenai kejayaan anak perempuannya itu diambil dari sudut yang p0sitif dan dijadikan inspirasi, bukan sebaliknya.
Ulasnya lagi, dia sendiri sebenarnya tidak terlalu terbuka dan berhati-hati dalam berkongsi mengenai kejayaan anaknya kerana bimbang dengan reaksi dan penerimaan awam.
"Saya rasa kalau bahagian saya, saya tidaklah berkongsi terlalu jelas keputusan anak. Sebab saya pun risau, ada mata-mata yang 's@kit' melihat hantaran saya. Saya cuma ucapkan tahniah secara umum.
"Kadang-kadang manusia ini hati mereka lain lain jadi penerimaan mungkin berbeza. Bagi saya kalau nak melihat perkara itu sebagai satu benda yang p0sitif jadikan ia semangat buat anak-anak.
"Kalau tengok dari sudut p0sitif, ia akan jadi p0sitif. Tapi kalau orang itu mata dia 's@kit', maka itu hak dia untuk berkata-kata. Bagi saya, pilihlah yang p0sitif.
"Jadi berbalik kepada hati masing-masing," ujar penyanyi 'Hanya Di Mata' itu yang turut men£gaskan dirinya tidak pernah berniat untuk berm£gah apabila berkongsi mengenai pencapaian akademik anaknya itu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment