"Saya akan buat kenyataan di media sosial untuk pengunduran diri dalam sebarang pr0gram berbentuk anugerah. Alhamdulillah saya pernah merasa menang sebelum ini. Seaya memberi ruang kepada pengacara lain."
Itulah jelas penyanyi dan pelakon, Elly Mazlein, dimana dia memberitahu dirinya tidak mahu lagi bertanding atau dicalonkan dalam mana-mana pr0gram anugerah.
Elly atau nama sebenarnya, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 45, yang pernah menang dalam kategori Pengacara TV Popular di Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35, berkata, kejayaan itu sudah cukup memadai buat baginya.
Klik untuk gambar besar
Menerusi komen berkenaan, ia sekali gus menafikan dia sedang dalam usaha berkempen meraih undi peminat untuk edisi ABPBH akan datang.
Tambahnya lagi, sebagai seorang selebriti, apa yang lebih penting adalah sentiasa dekat di hati peminat yang banyak memberi sokongan terhadap kerjaya seni.
"Saya cukuplah sekadar menang di hati orang ramai. Saya sayang semua. Insya Allah kita bersama dalam susah dan senang selagi ada rezeki," katanya yang berkongsi perkara itu dalam satu hantaran di media sosial miliknya.
Dalam video yang dikongsi di laman rasmi Era FM, kelihatan Elly sedang menyanyi lagu popularnya berjudul 'Bungaku Bakawali' menghiburkan peminat di Orang Asli di Pos Tohoi, Gua Musang, Kelantan.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment