Baru-baru ini, Syed Saddiq telah terbang Nice, Perancis bagi menyertai kejohanan Ironman 70.3 World Championship, iaitu pertandingan triathlon yang merangkumi renangan sejauh 1.9 kilometer, berbasikal 90 kilometer dan larian 21 kilometer.
Kehadiran Ahli Parlimen Muar itu turut ditemani pelakon dan penyanyi Bella Astillah yang menemani sepanjang berada di Perancis dan perkara itu menc£tuskan lagi perbualan hangat dalam kalangan peminat.
Menerusi media sosial, Bella telah berkongsi momen anak-anaknya iaitu Ayden Adrian dan Ara Adreanna yang berjaya menamatkan larian Ironkids di negara itu, sekaligus menjadi tumpuan netizen.
Kedua-dua mereka dilihat begitu bersemangat menamatkan larian masing-masing selepas berh£mpas pul@s dalam acara yang berlangsung sempena kejohanan Ironman World Championship 2025.
Klik untuk gambar besar
Malah, netizen menganggap keakraban mereka bersama anak-anak Bella menambahkan lagi 'seri' foto keluarga kecil itu yang kini tular di media sosial.
"Goodjob iron family! Ironman, Ironlady dan Ironkids. Okey sempurna, sekarang dah boleh kahwin."
"Cantiknya gambar mereka berempat meraikan kemenangan anak... Alhamdulillah."
"Terfikir kalau foto ini boleh dikatakan jadi foto keluarga? Insya-Allah, saya doakan kedua-duanya bersatu sebagai suami isteri dan bahagia hidup berkeluarga selamanya," itulah antara komen yang ditulis netizen.
Untuk makluman, Syed Saddiq bukan sekadar aktif dalam bidang p0litik, malah turut giat melibatkan diri dalam acara kecergasan dan sukan ketah@nan.
Manakala Bella pula, dia pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi dan pelakon asal Singapura, Aliff Aziz pada 9 September 2016, namun bercerai buat kali kedua pada 13 Jun 2023.
Hasil perkongsian hidup, Aliff dan Bella atau nama sebenarnya, Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden, 8 tahun, dan Ara yang kini berusia 4 tahun.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment