14 September 2025

TIDAK LAGI BERTUDUNG - ANAK NORA ARIFFIN AKUI IBU & KELUARGA BERI SOKONGAN, KATA NAMPAK CANTIK : "SAYA MULA PAKAI TUDUNG DARI UMUR 6 TAHUN, SAYA TAK DAPAT BELAJAR AGAMA SAYA SENDIRI... SAYA HANYA PAKAI TETAPI TIDAK TAHU..."



"Orang lain boleh buat cerita apa saja tetapi keputusan saya membuka tudung bukan untuk menc£tuskan kontr0versi atau member0ntak. Apa yang dilalui ibu (Nora Ariffin) tidak ada kena mengena.

"Apa yang ibu saya lalui (kisah rumah tangga) saya sentiasa berikan sokongan terhadapnya. Apa saja yang dilalui oleh adik-beradik lain, saya harap mereka dapat hadapinya dengan tenang."

"Saya mula pakai tudung dari umur 6 tahun, saya tak dapat belajar agama saya sendiri. Saya hanya pakai tetapi tidak tahu (tak faham). Saya hanya mahu mulakan perjalanan baru dan nak belajar cari jalan sendiri dalam agama.

"Saya sekarang lebih rapat dengan Allah walaupun sudah tidak bertudung. Kalau sesiapa nak kec@m, ini antara saya dengan Allah sahaja."

Klik untuk gambar besar

Demikian jelas anak kepada penyanyi Datuk Nora Ariffin iaitu Putri Dahlia, 21, mengenai penampilannya yang terkini dimana dia tampil buat kali pertama tanpa bertudung di acara Anugerah Industri Muzik ke-24 (AIM24) yang berlangsung malam Sabtu.

Berhubung itu, Putri Dahlia berkata, keputusan menanggalkan tudung dibuat dengan penuh kesedaran selepas lebih 15 tahun mengenakan tudung sejak kecil.

Putri Dahlia yang berkongsi perkara itu ketika ditemui di acara AIM24 yang diadakan di Arena Of Stars, Genting Highlands, memaklumkan, dia mahu mulakan perjalanan baharu untuk lebih mendalami agama dengan cara tersendiri.
Disamping itu, ujar Putri Dahlia lagi, keputusannya untuk tidak lagi bertudung ini bukan mahu menc£tuskan kontr0versi atau sebagai tanda pember0ntakan atas kem£lut keluarga yang dilalui oleh ibunya.

Ulasnya, keputusan peribadi yang dilakukan itu turut mendapat sokongan keluarga, selagi dia menjalankan tanggungjawab sebagai seorang Muslim dan dalam nada lebih terbuka, dia juga menekankan kepentingan menjaga kesihatan ment@l dalam membuat sebarang keputusan peribadi.

"Ibu dan keluarga beri sokongan kepada saya. Mereka cakap saya nampak cantik. Apa yang penting sebagai orang Islam perlu jadi orang baik.
"Sebelum ini saya pernah cakap dengan keluarga bahawa perkara ini (buka tudung) akan terjadi tetapi mereka cakap tak mengapa kita sama-sama doa asalkan saya gembira dan menunaikan solat.

"Kalau nak ikut cakap orang sampai bila-bila pun saya rasa kita boleh jadi gil@. Contoh terbaik adalah keluarga saya, mak saya artis dia kena ikut cakap orang sampai sekarang dah jadi 'gil@'. Saya saja anak yang pentingkan kesihatan ment@l," tuturnya.

Selain itu, Putri Dahlia yang kini sedang sibuk dengan persiapan album baharunya, turut merancang untuk menukar nama pentasnya daripada 'Putri Dahlia' kepada 'Dahlia', kerana dia enggan dikaitkan dengan imej Muslimah dan tidak mahu mengambil pusing tentang kec@man netizen yang bakal diterima.
"Saya sebenarnya tak baca komen atau kec@man netizen. Bukan saya tidak peduli tetapi saya sedang fokus untuk album baharu. Saya nak tukar nama daripada Putri Dahlia kepada Dahlia saja.

"Saya rasa nama Putri Dahlia itu sinonim sebagai ikon islamik. Saya nak jadi diri saya, Dahlia saja. Di masa hadapan saya memang tidak akan baca komen-komen netizen dan hanya mahu fokus hubungan dengan Allah saja," katanya.

Sebelum ini, Putri Dahlia yang merupakan anak perempuan kepada Nora dan komposer Allahyarham Johan Nawawi itu tampil dengan imej bertudung dan menutup aurat sewaktu pembabitannya dalam bidang nyanyian.

Untuk makluman, selain Putri Dahlia, Nora turut mempunyai tiga lagi cahaya mata hasil perkahwinan bersama Johan pada 1992, sebelum Allahyarham meninggal dunia pada 24 Mac 2017 akib@t s£rangan jantung.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: