10 September 2025

BUAT KERJA PART-TIME JADI PENGHANTAR BARANG - SUAMI SHILA AMZAH TERIMA PUJIAN



Suami kepada penyanyi Shila Amzah iaitu p£ngaruh media sosial, Ubai atau nama sebenarnya, Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 27, menerusi perkongsian di Thr£ads miliknya memberitahu, dia seronok melakukan kerja penghantar barang di sekitar Putrajaya dan perkara itu menjadi perhatian.

Perkongsian Ubai itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji keperibadian suami Shila ini apabila berusaha menambah pendapatan serta mendoakan agar dimurahkan rezeki.

Apa yang menarik, komen sal@h seorang pengikut itu mendapat perhatian Ubai, yang memberitahu dia melakukan pekerjaan berkenaan jika ada ada masa lapang, malah p£ngaruh media sosial itu juga akui seronok apabila dapat berjumpa dengan ramai pelanggan ketika melakukan penghantaran.

Klik untuk gambar besar



"Kerja freelancer beginilah, ada hari sibuk, ada hari free. Kebetulan hari ini free kita layan penghantaran. Kadang-kadang seronok jumpa orang," kata Ubai ketika membal@s komen seorang pengikut.

Selain itu, menerusi komen yang ditinggalkan, seorang lagi individu melihat Ubai memiliki keperibadian yang berbeza berbanding kebanyakan suami selebriti lain, serta sempat menitip doa agar Ubai dan Shila terus dimurahkan rezeki.
"Tabik dengan suami Shila, di saat suami selebriti lain tak mahu kalah cerita hebat bisnes sana sini, dia tenang sebagai penghantar barangan. Betul-betul lari dari 'stere0type'. Shila pun nampak happy sangat dengan kehidupan sekarang," tulis individu berkenaan.

Untuk makluman, Shila dan Ubai mendirikan rumah tangga pada 5 Ogos 2023 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Rhea Akira yang kini berusia setahun.

Hasil perkahwinan terdahulu, Shila atau Nurshahila Amir Amzah, 35, juga memiliki seorang anak lelaki yang diberi nama Seth Uwais, 6 tahun.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: