"Sewaktu saya bekerja di Suria FM pun, saya pernah berikan bayangan kepada bekas suami. Waktu itu, topik yang dibincangkan adalah mengenai 'provider' (pemberi nafkah). Waktu itu, saya nak dia munculkan diri.
"Kalau tak nak jumpa saya pun, boleh berjumpa dengan pengurus saya. Dia boleh berhubung dengan pengurus saya. Tapi, tak ada sebarang maklum bal@s.
"Alhamdulillah, mungkin ini gerak Allah. Saya rasa, hari ini adalah hari yang sangat sesuai. Selepas berpisah, saya memang tak pernah berjumpa dan tak berkomunikasi dengannya. Begitu juga anak-anak."
Demikian ujar pelakon dan pengacara, Raja Azura, 53, dimana dia meminta agar bekas suaminya, Adzmin Osman memunculkan diri selepas menghilang sejak 2010, selain dia ingin memudah dan melancarkan urusan tuntutan nafkah ketiga-tiga anak mereka.
Dalam pada itu, Raja Azura atau mesra disapa Kak Engku berkata, sekurang-kurangnya ada khabar berita buat anak-anak mengenai kehidupan bapa mereka.
Klik untuk gambar besar
Disamping itu, Raja Azura menjelaskan, dia sentiasa mengingatkan anak-anaknya, walau apa yang berlaku dalam rumah tangganya, mereka tidak boleh memb£nci bapa mereka.
"Anak-anak tidak memb£nci bapa mereka kerana saya didik mereka supaya tidak membenci. Apa sahaja yang berlaku, jangan b£nci. Terima dengan ketentuan Allah SWT dengan baik. Terima dengan tenang.
"Saya juga didik anak-anak supaya menghormati bekas suami walau apa pun yang berlaku. Saya tak suka membuka a1b sesiapa.
"Dalam hal ini, kita nak santai-santai dan berharap dia dapat muncul. Mungkin dia m@lu atau segan. Jangan. Saya tetap Raja Azura seperti yang dulu," ujarnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment