18 September 2025

FARID KAMIL BERPENDAPAT KALAU KAHWIN SEMATA-MATA NAK HILANGKAN SEPI, ITU BUKAN JALANNYA : "SITUASI INI BERGANTUNG KEPADA JODOH, PERTEMUAN & MATLAMAT HIDUP SESEORANG"



"Kita tak boleh nak hukvm orang sebab bercinta dan berkahwin ini soal jiwa dan raga. Tetapi, kalau berkahwin semata-mata nak hilangkan kesepian, itu bukan jalan dia."
Itulah ujar pelakon Farid Kamil, dimana dia berkata, jika seseorang itu bercinta dan berkahwin, kita tidak boleh menghukvm kerana mereka mempunyai sebab tersendiri.

Disamping itu, Farid turut memberi pendapatnya berkenaan persepsi orang ramai yang sering beranggapan golongan lelaki lebih mudah 'move on' selepas bercerai berbanding wanita.

Ulas Farid, ianya tidak patut dibuat perbandingan kerana bergantung pada jodoh seseorang itu, serta matlamat hidup individu tersebut berbeza-beza.

"Kalau itu yang netizen katakan, pada saya seimbang sahaja. Ada juga yang wanita berkahwin dulu, lelaki kahwin kemudian dan sebaliknya.

"Pada saya situasi ini bergantung kepada jodoh, pertemuan dan matlamat hidup seseorang.

"Sesetengah orang mungkin tak boleh nak bersendirian terlalu lama dan ada sesetengah orang pula boleh lama hidup bersendirian," katanya.

Dalam pada itu, Farid turut berkongsi mengenai dirinya, dimana selepas bercerai, dia menggunakan tempoh hidup bersendirian untuk membina semula kehidupan serta memulakan perniagaan.

"Tetapi pada saya sebagai seorang lelaki kita perlu jalani setiap perkara tersebut supaya kita dapat berfikir apa pula jalan dan langkah kita yang seterusnya.

"Macam saya, walaupun sudah bersendirian selama enam bulan, masa itu saya gunakan untuk memulakan perniagaan," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: