18 September 2025

KEHIDUPAN BERUBAH DALAM SEKELIP MATA DARIPADA DUNIA GLAMOR KEPADA ISTERI & IBU - SYASYA RIZAL BERSYUKUR DENGAN PERCATURAN ALLAH YANG PENUH RAHSIA & HIKMAH



"Sebagai ibu muda, saya t@kut. Semuanya berlaku sangat laju, daripada penyanyi popular, kemudian bergelar isteri, seterusnya ibu kepada seorang anak dan kini, menanti kelahiran cahaya mata kedua.

"Kadang rasa tak sempat tarik nafas, tetapi akhirnya saya hanya mampu bertawakal dan reda dengan setiap perancangan Allah."

Demikian tutur penyanyi Syasya Rizal, 24, yang mengakui kehidupannya berubah dalam sekelip mata apabila melalui peralihan besar daripada dunia glamor sebagai bintang remaja kepada tanggungjawab baharu sebagai isteri dan ibu.

Syasya yang merupakan bekas anggota kumpulan popular Dolla itu berkongsi perkara tersebut menerusi hantaran di Thr£ads selepas mengumumkan kehamilan keduanya, baru-baru ini.

Akui Syasya lagi, fasa mendirikan rumah tangga dan dikurniakan zuriat membuatkan dirinya lebih matang, walaupun perasaan c£mas dan t@kut tetap mengh@ntui.

Dalam pada itu, Syasya berkata, dia percaya segala aturan Allah adalah yang terbaik, meskipun perjalanan hidupnya menuntut peng0rbanan besar.

"Masya-Allah, masa sangat pantas. Tahun lalu, ketika mengumumkan kehamilan Yassir dan tahun ini pula, saya kongsikan berita gembira untuk adiknya.

Klik untuk gambar besar

"Walaupun ada yang memperd£batkan keputusan hidup saya, saya tetap bersyukur dengan percaturan Allah yang penuh rahsia dan hikmah," ujarnya.

Tambah Syasya, dia sentiasa berdoa agar terus diberi kekuatan untuk mengh@rungi cab@ran bersama suami dan anak-anak, walaupun perjalanan hidupnya mungkin tidak sempurna.

"Alhamdulillah untuk hari ini, untuk Yassir dan untuk adik yang bakal lahir. Doakan yang baik-baik untuk kami. Kita semua ada rezeki masing-masing, berbeza cara, berbeza masa, tetapi semuanya cantik tersusun," katanya.

Disamping itu, Syasya atau nama sebenarnya, Norsyasya Afiqah Syahrizal, turut menitipkan kata-kata semangat kepada ibu muda serta wanita yang masih berusaha mendapatkan zuriat.

"Untuk golongan wanita yang sedang berusaha mendapatkan zuriat, saya tahu perjalanan ini penuh air mata dan doa tanpa henti. Jangan pernah putus asa.

"Percayalah, Allah dengar setiap bisikan hati. Apabila tiba masanya, ia akan menjadi hadiah paling indah," tuturnya.

Untuk makluman, Syasya mendirikan rumah tangga dengan Nasrullah Mohd Sapie pada 20 April tahun lalu dan dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Yassir Hayyan yang kini berusia sembilan bulan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: