"Sebelum ini, saya suka panggil dia bakal isteri syurga. Sekarang, isteri syurga. Saya segan tapi saya dah 'practice' dan suka untuk panggil dia isteri syurga. Insya-Allah, kata-kata itu doa."
Demikian ujar pelakon Fattah Amin, 35, dimana dia jelas kelihatan m@lu ketika menjawab pertanyaan Awal Ashaari selaku pengacara mengenai panggilan istimewa buat isterinya, penyanyi Amira Othman, 32.
Malam semalam, pasangan itu akhirnya sah diijabkabulkan dengan sekali lafaz dalam satu majlis indah dimana ia mengangkat tema Islamik Al-Zauj yang membawa maksud 'dua jiwa dipertemukan oleh Allah' itu.
Dalam pada itu, Fattah turut mengakui segan dan lebih baik ianya diucapkan secara peribadi sahaja ketika diminta untuk menitipkan ucapan istimewa buat isterinya.
Selain itu, ditanya perasaannya selepas sah bergelar suami kepada Amira, Fattah atau nama penuhnya, Abdul Fattah Mohd Amin, memaklumkan, dia berasa sangat bersyukur.
"Rasa bersyukur ke hadrat Ilahi, doa-doa kedua ibu bapa, adik beradik, keluarga, dan peminat-peminat kami. Alhamdulliah, termakbul (nikah) hari ini (semalam). Cuma, tadi perasaan saya memang gementar," katanya.
Sementara itu, Amira meluahkan rasa syukur serta seolah tidak percaya mendengar lafaz ijab kabul daripada suaminya kerana menyangkakan ianya adalah latihan.
Klik untuk gambar besar
Tambah Amira atau Nadia Amira Othman, itu lagi, dia sama sekali tidak pernah terfikir akan bergelar isteri.
"Memang tak terfikir dan tak terlintas langsung (kini bergelar isteri). Tapi Allah yang Maha Mengetahui. Allah dah susun semua ini. Jadi, saya bersyukur dan Alhamdulillah semuanya sudah tertulis cantik," tuturnya.
Disamping itu, Amira menjelaskan, dia menganggap status ibu tiri itu sebagai lumrah hidup berumah tangga, bukan sesuatu yang memb£bankan.
Malah kata Amira, selepas mendirikan rumah tangga dengan Fattah yang memiliki seorang cahaya mata perempuan bernama Nur Fatima Aisya, dia sudah bersedia menerima segala keadaan.
"Pada saya siapa pun yang saya pilih, tak kira status atau keadaan seseorang itu saya perlu terima. Begitu juga dengan Fattah yang memilih saya dalam apa keadaan sekalipun.
"Walaupun mungkin saya tidak punya anak, tapi ada benda-benda lain yang saya harus terima. Bagi saya tidak ada mas@lah sebab itu adalah lumrah. Saya pun bukannya tak biasa dengan kanak-kanak.
"Harapnya semua baik-baik saja," katanya yang turut mengulas mengenai fasa baharu selepas bergelar isteri, dimana akuinya, tanggungjawab yang dipikul bukan mudah, namun percaya ia akan berjalan lancar dengan izin Allah.
"Ia satu fasa baharu yang saya percaya dilalui oleh semua orang. Kalau tanya bersedia atau tidak, saya sendiri pun tiada jawapan itu.
"Tapi apa yang pasti setiap fasa baharu itu harus dilalui dengan baik. Mudah-mudahan dapat jadi isteri yang baik," ujarnya.
Untuk makluman, Fattah pernah berkahwin dengan pelakon dan usahawan, Nur Fazura pada 27 November 2017, sebelum mereka berpisah pada 7 Oktober tahun lalu.
Hasil perkahwinan itu, Fattah dan Fazura dikurniakan seorang anak perempuan berusia empat tahun, Nur Fatima Aisya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment