28 September 2025

HAFREEZ ADAM ENGGAN DEDAHKAN SIAPA AKTRES YANG DIMAKSUDKAN DALAM HANTARANNYA : "ORANG YANG BUAT BAIK SECARA SENYAP INI ADALAH ORANG YANG PALING IKHLAS"



Baru-baru ini, pelakon Hafreez Adam, 35, menerusi hantaran di Thr£ads, telah berkongsi pengalamannya bertemu seorang aktres wanita popular ketika awal kemunculannya dalam bidang seni dan perkara itu mendapat perhatian netizen.
Ketika mengulas mengenai siapakah artis yang dimaksudkannya dalam perkongsian itu, pelakon Hafreez Adam atau nama sebenarnya, Hafreez Adam Aizat Zahalan, 35, bagaimanapun enggan mengulas.

Kata Hafreez, dia berasa tidak perlu untuk mengesahkan nama aktres yang diperkatakan itu kerana percaya ramai yang sudah tahu siapa yang dimaksudkannya.

"Saya mengesahkan kejadian yang berlaku itu tetapi memilih untuk tidak mendedahkan nama aktres popular terbabit. Saya berasa tidak perlu untuk sahkan siapa artis berkenaan kerana mesej yang saya nak sampaikan dalam perkongsian itu sebenarnya ramai orang yang buat baik tapi simpan.

"Pada pandangan saya secara peribadi, orang yang buat baik secara senyap ini adalah orang yang paling ikhlas," ujar Hafreez yang mengulas mengenai nama pelakon dan usahawan, Nur Fazura yang dipetik netizen, dimana katanya, terpulanglah pada persepsi masing-masing.

"Saya percaya aktres itu tahu dirinya yang dimaksudkan dalam perkongsian terbabit. Saya tidak mahu dedahkan namanya kerana mesej utama ialah untuk orang pandang pada kebaikan dilakukannya.

"Setiap kali saya berjumpa dengannya memang dia (aktres) akan cakap benda yang baik saja. Saya tak pernah jumpa dia cakap benda yang tak baik dan kenapa orang tak pandang perkara itu kerana itu adalah kelebihan dirinya," katanya.

Dalam pada itu, tutur Hafreez mengenai perkongsian itu lagi, dia mahu orang ramai menggunakan platform media sosial sebaik mungkin untuk berkongsi perkara yang baik dari mem£cah b£lahkan orang.

"Sejak kebelakangan ini, banyak benda neg@tif yang berlaku termasuk isu semasa seperti pep£rangan dan sebagainya. Kenapa kita tak guna platf0rm media sosial untuk kongsi benda yang baik dan p0sitif?

"Saya sendiri pun banyak berkongsi mengenai 'painting' (lukisan) dan 'deserts' (pencuci mulut) di laman Thr£ads. Kita pun tak tahu hidup di dunia ini sampai bila kerana bagaimana kalau kita tengah menaip (menulis di medsos) tiba-tiba meninggal dunia?" ujarnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: