"Kalau rezeki itu ada di negara luar, kita patut cuba. Contohnya kalau pr0duksi dari China nak ambil saya, saya sanggup belajar bahasa mereka demi menerima tawaran tersebut."
Demikian ujar pelakon Emma Maembong, 33, dimana dia berpendapat tiada sal@hnya anak seni melebarkan sayap ke luar negara sekiranya diberikan peluang dan tawaran.
Kata Emma atau nama sebenarnya, Fatimah Rohani Ismail, demi memastikan peluang yang datang tidak disia-siakan, dia tidak kisah untuk berusaha lebih.
Ujarnya, dia mahu mencuba pelbagai cab@ran baharu dalam kerjaya seni, memandangkan pengalaman seperti itu mampu memberikan nilai tambah buat dirinya.
Klik untuk gambar besar
"Sebagai pelakon, kalau boleh saya mahu masuk ke semua negara untuk merasai pengalaman berbeza. Kalau ada mana-mana negara luar yang berminat nak ambil saya berlakon, saya sanggup belajar.
"Kalau perlu keluarkan duit sendiri pun saya rela. Sebab saya nak belajar perkara baharu. Takkan sampai bila-bila kita nak duduk di tempat yang sama," tuturnya.
Untuk makluman, Emma pernah berlakon dengan pr0duksi dari Indonesia menerusi filem 'Bisikan Jenazah' yang ditayangkan pada 2021.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


No comments:
Post a Comment