30 September 2025

HAK PENJAGAAN ANAK-ANAK KEKAL KEPADA BEKAS ISTERI - HAFIDZ ROSHDI KEC£WA, NAMUN HORMATI KEPUTUSAN MAHKAMAH : "SAYA TERLALU RINDUKAN MEREKA"



"Sangat kec£wa kerana mengharapkan keputusan berbeza, namun saya menghormati keputusan mahkamah (beri hak penjagaan anak-anak kepada bekas isteri). Saya harap dapat jumpa anak-anak dalam masa terdekat, saya terlalu rindukan mereka."
Demikian ujar pelakon Hafidz Roshdi dimana dia meluahkan rasa kec£wa selepas gag@l mendapatkan hak penjagaan penuh terhadap dua anaknya iaitu Humairah, 8, dan Umar, 5, yang kali terakhir ditemui kira-kira dua tahun lalu.

Ujar Hafidz, dia tidak pernah mengab@ikan serta men£gaskan telah melakukan pelbagai usaha untuk bertemu dengan dua anaknya yang kini menetap di luar negara bersama bekas isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri.

Kata-kata Hafidz itu susulan Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada Selasa, mengekalkan hak penjagaan dua anaknya itu masih lagi diberikan kepada bekas isterinya.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Syarie, Zalinah Said selepas meneliti permohonan hadanah iaitu hak penjagaan penuh yang difailkan oleh Hafidz.

Menurut Zalina, mahkamah memutuskan Humairah dan Umar diserahkan kepada ibu kandung mereka untuk penjagaan sepenuhnya.

Hafidz atau nama penuhnya, Muhammad Hafidz Roshdi, 29, bagaimanapun, masih diberikan hak lawatan dan bermalam dengan anak-anaknya ketika cuti persekolahan.

"Mahkamah memerintahkan plaintif diberikan hak untuk menghubungi mereka tanpa halangan daripada ahli keluarga mahu pun defendan.

"Pihak polis, Jabatan Imigresen Malaysia dan agensi berkaitan perlu memberi kerjasama bagi memberikan perintah ini dapat dipatuhi," kata hakim syarie.

Sementara itu, peguam mewakili Hafidz, Puteri Ummi Kartini Abd Latiff memberitahu, pihaknya akan memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan Syariah, Shah Alam dalam masa terdekat.

Pada April 2023, Hafidz memfailkan hadanah penuh terhadap dua anaknya di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam.

Untuk makluman, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan sah bercerai talak satu pada 27 Julai 2023.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan sepasang anak iaitu Humairah, 8, dan Umar yang kini berusia 5 tahun.

Selepas bercerai, Shuhada memaklumkan, dia bersama dua anaknya sudah berhijrah ke Melbourne, Australia untuk menyambung pengajian di sebuah institusi pendidikan.

Manakala Hafidz pula, dia kemudian kembali mendirikan rumah tangga dengan Athira Yuhada pada 15 Disember 2023 dan mereka memiliki seorang anak perempuan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: