Mahkamah Rendah Syariah di sini, mengesahkan lafaz taklik oleh Along Cham, pada 18 Jun 2024, sekaligus pelawak juga pelakon itu sah bercerai talak satu dengan isterinya, Afreena Suhaimi, hari ini.
Dalam pr0siding tersebut, Hakim Syarie iaitu Muhammad Nazri Basrawi memaklumkan, mahkamah memutuskan lafaz talak secara taklik oleh plaintif (Along) ketika itu adalah sah, maka dari itu jatuh talak kepada defendan (Afreena).
"Bagi pengesahan lafaz rujuk pada 29 Jun lalu, pihak defendan sudah mengangkat sumpah nafi bahawa tidak berlaku lafaz rujuk dalam tempoh idah.
"Mahkamah juga memutuskan bahawa lafaz taklik kedua oleh plaintif terhadap defendan pada Julai tahun lalu tidak sempurna dan tidak berlaku cerai kali kedua," katanya.
Klik untuk gambar besar
Along diwakili peguam syarie, Muhammad Akmal Amzan, manakala Afreena pula diwakili Mohamad Iezwan Ielias.
Pr0siding itu dimulakan tanpa kehadiran Afreena yang lewat tiba di mahkamah kira-kira 10 minit kemudian.
Mohamad Iezwan memaklumkan kepada hakim bahawa kelewatan Afreena kerana perlu bergantung dengan orang lain untuk memandu memandangkan dia mengalami keced£raan di tangan kerana mel£cur akib@t minyak panas.
Terdahulu, Along atau nama sebenarnya, Muhammad Nizamuddin Ahmad, 42, membuat permohonan pengesahan lafaz cerai secara taklik yang difailkan pada Januari lalu.
Untuk makluman, Along mendirikan rumah tangga dengan Afreena pada 4 April tahun lalu yang juga perkahwinan keduanya selepas bercerai dengan isteri pertama, Zila Saeron pada September 2016 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Ahmad Daniel, 14.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!



No comments:
Post a Comment