"Ada seorang pereka fesyen ini, masa perlukan pinjaman nak kita (Intan) mel@bur janji manis bukan main. Bila tiba masa bayar balik, ikut perjanjian hitam putih, jumlah yang dipersetujui tiba-tiba jadi ular pandai put@r b£lit. Kalau sikit tak apa, berjuta ya jumlahnya.
"Kelakarkan, hidup senang tayang mewah sana sini, kereta, bercuti tapi nak langsaikan hut@ng yang wajib dibayar pun tak boleh. Kekayaan sebenar bukan apa yang ditunjuk tetapi bagaimana kita hormat janji dan amanah. Tak sabar nak dedahkan siapa orangnya."
Demikian ujar pelakon Datin Intan Najuwa, 28, dimana dia hilang sabar selepas individu yang dipercayai seorang pereka terkenal gag@l melunaskan bayaran pinjaman seperti yang dipersetujui dalam perjanjian bertulis.
Jelas Intan atau nama sebenarnya, Intan Najuwa Abdul Wahid, pada awalnya pereka itu merayu bantuan pinjaman kewangan dengan pelbagai janji manis, namun mula mengelak apabila tiba masa untuk membayar semula jumlah tersebut.
Klik untuk gambar besar
Ujarnya lagi, demi menjaga privasi dan mengelakkan sebarang kontr0versi, dia memilih untuk merahsiakan identiti individu berkenaan daripada umum.
Namun, pelakon itu akhirnya mengambil keputusan untuk bersuara selepas bertahun bersabar dan berusaha menyelesaikan perkara itu secara baik.
"Sejujurnya, saya tidak merancang untuk berkongsi di media sosial. Daripada mula lagi saya mahu tenang, tiada drama dan sudah tentu tidak mahu perkara ini menjadi lebih t£ruk. Tetapi perkara ini sudah berlalu selama bertahun lamanya.
"Saya sudah mel@bur dalam banyak perniagaan semuanya tiada mas@lah. Tapi kali ini paling suk@r. Bila perlu bayar balik macam-macam cerita dipusing seperti kami tidak tahu tentang undang-undang, lebih-lebih lagi ia sudah tertulis dalam perjanjian k0ntrak," ujarnya.
Dalam pada itu, Intan men£gaskan, dia tidak teragak-agak untuk mendedahkan identiti sebenar jika perkara ini terus berlarutan, selain berkata, rasa hormat terhadap individu terbabit telah hilang sepenuhnya.
"Ia sangat melamp@u. Kali ini rasa hormat saya sudah hilang. Sekali kepercayaan itu sudah pudar, anda tidak boleh 'membelinya' semula walaupun cuba untuk menunjukkan kehidupan mewah," katanya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment