"Saya dengan rendah hati memohon agar semua sahabat mendoakan sahabat saya Datuk A. Aida yang sekarang ini berada di ICU sebuah hospital di ibu negara. Doakan semoga beliau cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan."
Itulah tulis Dekan Fakulti Pengajian Islam (FPI) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Profesor Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim, dimana dia memaklumkan penerbit dan pelakon, Datuk A. Aida telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada Khamis.
Izhar yang berkongsi berita itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di media sosial miliknya, turut memohon doa semua agar A Aida atau nama sebenarnya, Zaidah Awang, cepat sembuh dan dipermudahkan urusan.
Bagaimanapun, Izhar yang merupakan sahabat baik A Aida itu tidak memperincikan sebab kenapa pemilik syarikat Aida Production Sdn. Bhd yang berusia 55 tahun itu ditah@n di hospital terbabit.
Usaha media mendapatkan kenyataan lanjut daripada sahabat baik A Aida itu tidak berhasil apabila panggilan yang dibuat tidak dijawab.
Meninjau ke ruangan komen pula, ramai rakan selebriti dan orang industri yang mendoakan agar A. Aida segera sembuh.
"Allahuakbar, Syafakillah Datuk A. Aida," ujar penyanyi, pengacara dan penyampai radio, Haiza atau Rohaizah Nordin.
Untuk info, A Aida memulakan karier dalam bidang seni sebagai pelakon sebelum beralih ke dunia penerbitan pada 2003.
Antara drama popular terbitannya termasuk 'Halimah Jongang', 'Fatimah Juling', 'Andainya Takdir', 'Bidadari Salju' dan banyak lagi.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment