23 September 2025

KARIER NYANYIAN SEKARANG SEMAKIN PERLAHAN BERBANDING DAHULU - ZAHID AF2 AKUI FAHAM RODA KEHIDUPAN ARTIS : "TAKKAN SELAMANYA INDAH KAN, JADI SAYA PUN DAH BERSEDIA DENGAN BENDA INI"



"Saya faham roda kehidupan artis ini. Takkan selamanya indah kan. Jadi saya pun dah bersedia dengan benda ini. Bila dah tahu kita dah kurang, apa langkah seterusnya perlu dibuat.
"Sebab itu saya kini menyanyi bersama sebuah band di kelab di ibu kota, dua kali seminggu. Tapi ia bukan k0ntrak bulan-bulan. Sekurang-kurangnya dapatlah menyanyi.

"Kira taklah saya rasa 'boring' sangat tak buat apa-apa. Ia untuk menghilangkan ket@gihan menyanyi," tutur penyanyi Zahid Baharuddin, 44, dimana dia memaklumkan, karier nyanyiannya sekarang semakin perlahan berbanding dahulu.

Dalam pada itu, bekas juara Akademi Fantasia musim kedua (AF2) itu berkata, dia tidak merasa sedih dengan apa yang berlaku dan menganggap ia proses biasa.

Menurutnya lagi persembahan di kelab agak berbeza kerana repertoire (koleksi) lagu-lagu yang dinyanyikan agak lain daripada persembahan dilakukannya.

"Saya kena menyanyi lagu orang dan kadang-kadang penonton buat permintaan lagu. Tapi dalam masa sama, saya suka juga beraksi dengan band.

"Selain menyanyi dengan band, ada juga acara, show-show dan gig lain saya buat. Tidak terkecuali saya masih menjayakan pr0gram anjuran Astro.

"Alhamdulillah... untuk tahun ini rezeki saya memang ada," katanya yang turut memberitahu, dia cuma tiada lagu baharu dan setiap kali bertemu peminat, ada yang bertanyakan pr0duk terbaharu darinya.

"Saya sedang fikirkan sama ada nak buat single baharu atau tak. Ada peminat yang nak tengok persembahan saya di kelab dan bagi saya tiada mas@lah.

"Cuma saya jelaskan keadaan di kelab itu agar mereka faham. Saya juga akan sertai satu pr0gram realiti TV Oktober ini," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: