"Kalau nak tolong orang, tak payah nak rekod. Orang miskin, orang sus@h pun ada maruah," ujar pelakon Datuk Aaron Aziz, dimana dia tampil memberi teguran kepada individu yang merakam video ketika menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.
Aaron menerusi video dikongsikan di media sosial, berpendapat tindakan tersebut tidak harus dilakukan kerana boleh menimbulkan rasa kurang senang buat mereka yang menerima bantuan.
Ulas pelakon berusia 49 tahun itu lagi, dia pernah melihat kejadian tersebut ketika mengerjakan umrah di Mekah.
Klik untuk gambar besar
"Masa umrah, ramai yang buat sabeel (memberi sedekah) tapi tunjuk muka orang-orang yang ambil makanan. Kalau nak sabeel biar Allah sahaja yang tahu," katanya.
Perkongsian Aaron itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen, dimana ada yang bersetuju dan ada juga yang tidak bersetuju dengan pendapat pelakon berkenaan.
Bagaimanapun, Aaron tidak menafikan mengenai manfaat daripada k0nten-k0nten sedekah, namun meminta untuk tidak memaparkan wajah penerima demi menjaga maruah mereka.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment