"Assalamualaikum. Innalillahiwainnailaihirojiun. Dukacita dimaklumkan abah saya, Azmi (Abe Mie Usm) telah menghembuskan nafas terakhir sebentar tadi di HUSM Kubang Kerian.
"Semoga abah ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman, beramal soleh, solehah, dan ahli syurga, aamiin."
Demikian tulis pelawak dan pelakon, Amir Raja Lawak, 36, menerusi media sosial, dimana dia memaklumkan berita duk@ bapanya iaitu iaitu Azmi Deris telah meninggal dunia di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan pada malam Isnin.
Dalam perkongsian itu, Amir turut memberitahu, jenazah bapanya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Makam Tok Kenali, Kubang Kerian pada pagi Selasa.
Klik untuk gambar besar
"Jenazah arwah abah saya akan disembahyangkan pada pukul 9 pagi di Masjid Desa Rahmat, kemudian akan terus di bawa ke Tanah Perkuburan Islam Makam Tok Kenali, Kubang Kerian.
"Terima kasih banyak-banyak pada yang mendoakan dan menghadiahkan bacaan al-Fatihah buat arwah abah saya," jelasnya.
Pada pertengahan Julai lalu, Amir berkongsi mengenai bapanya yang menghidap kans£r usus dan keadaan bapanya itu semakin hari semakin uzur serta lemah.
Takziah diucapkan dan semoga roh arwah bapa Amir dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam di kalangan orang-orang yang beriman.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment