22 September 2025

BEKAS MAJIKAN KEC£WA RAFIDAH IBRAHIM TAK BAYAR SATU SEN PUN LAGI - SEDIA HANTAR N0TIS BANKR4P KALAU MASIH D£GIL



"Sejak k£s selesai tahun lalu, memang dia (Rafidah Ibrahim) tiada jumpa atau hubungi saya. Satu sen pun tak bayar lagi daripada jumlah keseluruhan tuntutan yang sudah diperintahkan daripada mahkamah."

Itulah kata ahli perniagaan Datuk Haris Embong, 48, meluahkan rasa kec£wa apabila pelakon Rafidah Ibrahim masih gag@l menjelaskan bayaran ganti rvgi seperti yang telah diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi berhubung k£s fitn@h terhadap dirinya dan syarikat, Arisprop Holdings Sdn. Bhd.

Jelas Haris, sehingga kini tiada sebarang usaha atau bayaran dibuat oleh Rafidah, meskipun keputusan k£s telah dimuktamadkan sejak tahun lalu.

Dalam pada itu, Haris berkata, tiada lagi ruang buat Rafidah sekiranya dia mahu mencari jalan penyelesaian.

Tambahnya lagi, dia memberi peluang terakhir kepada Rafidah sehingga Khamis ini untuk memberikan maklum bal@s, namun jika tiada sebarang tindakan, pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil langkah seterusnya.

"Cukuplah saya beri dia peluang sebelum ini tapi dia tetap endahkan. Khamis ini penentu sama ada dia akan beri maklum bal@s n0tis yang peguam saya sudah serahkan ataupun tidak.

"Jika dia kekal berd£gil, saya akan ikut saranan peguam untuk hantar n0tis bankr@p pula," jelasnya.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi memutuskan Rafidah bersal@h memfitn@h Haris dan syarikatnya menerusi satu hantaran di media sosial pada tahun 2021.

Klik untuk gambar besar

Ketika itu, Rafidah mendakwa syarikat milik Haris enggan membayar hasil kerjanya selepas diberhentikan.

Dalam keputusan pada 31 Julai 2024, mahkamah mengarahkan Rafidah membayar ganti rvgi berjumlah RM281,200 yang merangkumi RM100,000 kepada Haris secara peribadi, RM150,000 kepada syarikat, kos perbicaraan RM30,000 dan yuran peruntukan RM1,200.

Malah tuntutan bal@s Rafidah turut ditolak sepenuhnya dan susulan itu, satu n0tis rasmi telah dihantar oleh firma guaman Izral Partnership yang mewakili Haris kepada peguam Rafidah pada 19 September lalu, menuntut bayaran dibuat dalam tempoh tujuh hari.

Namun, menurut Haris, sehingga kini masih tiada sebarang maklum bal@s diterima daripada pihak pelakon itu.

Haris dalam kenyataan sebelum ini men£gaskan, tuntutan tersebut bukan sekadar soal wang ringgit, tetapi lebih kepada membersihkan namanya serta syarikat daripada fitn@h yang menj£jaskan reputasi mereka sebagai pengusaha dalam industri perniagaan.

Mahkamah juga telah mengeluarkan perintah injunksi menghalang Rafidah daripada mengulangi sebarang kenyataan fitn@h terhadap Haris dan Arisprop Holdings.

Setakat ini, pihak Rafidah masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan bal@s berhubung perkembangan terbaharu ini.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: