22 September 2025

DIANA DANIELLE KANTOI 'MESRA' BERPEGANGAN TANGAN DENGAN SEORANG JEJAKA DI PUSAT BELI BELAH?



"Barangkali mereka (Diana Danielle dan seorang jejaka) baru sahaja selesai buat aktiviti sukan. Sebab mereka pakai baju sukan. Rasanya memang sah lah mereka bercinta sebab jalan seiringan sambil tak lepas berpegangan tangan. Boleh tahan 'handsome' lelaki itu!"
Demikian dakwa sumber di Utusan Online yang mendakwa ternampak pelakon Diana Danielle bersama seorang jejaka tinggi lampai, berkulit sawo di sebuah pusat beli-belah.

Dakwa sumber itu lagi, kedua-duanya baru selesai melakukan aktiviti bersukan dan berjalan berpegangan tangan, selain turut berkata, lelaki tersebut mempunyai rupa paras yang kacak.

Jika benar dakwaan tersebut, nampaknya Diana kini sudah mempunyai 'teman istimewa' dan difahamkan, jejaka tersebut bukan orang dalam industri.

Berhubung dakwaan itu, pasti ramai yang tumpang gembira jika ibu tunggal kepada dua orang anak ini menemui bahagianya sendiri.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: