Konsert Elite Live In Kuala Lumpur telah pun berlangsung dengan meriahnya apabila berjaya memukau kira-kira 2,000 peminat yang hadir di Dewan Plenary Kuala Lumpur pada malam Sabtu.
Persembahan yang penuh bertenaga itu memulakan konsert dengan lagu rancak 'La Diva', diikuti 'Bah@ya' dan 'Kau Siapa', sorakan peminat bergema seawal persembahan pertama, sekali gus menandakan kerinduan mereka terhadap kumpulan ikonik era 90-an itu.
Dalam konsert itu, penonton bukan sahaja dihiburkan dengan lagu-lagu popular Elite, malah turut terhibur dengan gelagat lucu dan bersahaja lima anggotanya iaitu Abby Abadi, Linda Rafar, Watie Sadali, Sasha Saidin dan Azza Zawari, sepanjang dua jam berlangsung.
Sementara itu, Watie berkata, momen istimewa itu cukup bermakna kerana ia bukan sahaja mengubat rindu peminat, tetapi turut menjadi peluang untuk mereka kembali rapat bersama ahli kumpulan.
Watie dalam masa sama turut mendedahkan rakannya iaitu Azza ada melakukan peng0rbanan dengan berdiet semata-mata ingin kelihatan kurus di konsert berkenaan.
"Setiap orang sibuk dengan kehidupan dan perniagaan masing-masing jadi jarang dapat berkumpul. Disebabkan konsert ini boleh dikatakan setiap malam kami berjumpa selama tiga bulan dan sudah tentu kami sedih serta akan merindui antara satu sama lain selepas ini.
Klik untuk gambar besar
Lebih menarik, konsert itu juga menjadi platf0rm buat ahli kumpulan Elite berkongsi kisah awal penyatuan mereka sekitar tahun 1995 sebagai kumpulan ikonik yang pernah menc£tuskan fenomena.
Kongsi Sasha dan Azza, mereka melalui proses uji bakat untuk menyertai kumpulan tersebut, manakala Linda Rafar pula dipilih berdasarkan bakat lakonannya yang menyerlah pada ketika itu.
Bagi Watie Sadali, dia telah mencvri perhatian kerana kemahiran menari dan Abby pula kerana kesungguhan yang ditunjukkan dalam pelbagai pertandingan serta kerjaya sebagai model.
Konsert Elite Live In Kuala Lumpur bukan sahaja menjadi medan reunion buat kumpulan Elite, malah turut dimeriahkan dengan kehadiran rakan artis yang pernah mencipta nama pada era yang sama.
Malam penuh nostalgia itu menyaksikan kumpulan Alpha turut membuat kemunculan istimewa dengan berduet bersama Elite menerusi lagu 'Di Pintu Syurga', selain mempersembahkan lagu popular mereka sendiri seperti 'Monalisa' dan 'P. Ramlee & Saloma'.
Tidak cukup dengan itu, pentas turut 'mel£tup' apabila kumpulan X-Factor tampil meng£jutkan penonton dengan dua lagu Bertuah dan 725 1364.
Keseluruhannya, lebih 20 buah lagu dipersembahkan sepanjang konsert berlangsung termasuk lagu-lagu popular seperti 'Sesuatu Dalam Dirimu', 'Dua Hati', 'Bila Lagi', 'Catwalk', 'Alhamdulillah', dan 'Mengerti'.
Sebagai kemuncak malam, Elite menutup tirai konsert dengan seleksi lagu yang paling dinanti-nantikan peminat seperti 'Tr@uma', 'Tamp@ran Wanita', dan 'Manis Senyumanmu', sekali gus mengembalikan memori indah zaman kegemilangan mereka.
Bukan hanya peminat, rakan artis seperti Zain Saidin, Nurkhiriah, Erysha Emyra, Kak KM, Zed Zaidi dan Datuk Seri Vida turut hadir memberikan sokongan.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment