"Saya belum sempat selesaikan semua mas@lah untuk tunjukkan kepada ayah bahawa saya baik-baik sahaja. Tapi belum sempat, dia sudah tiada (meninggal dunia). Waktu tengah heb0h, ayah selalu tengok berita. Dia ikuti semuanya."
Itulah jelas pelakon terkenal Indonesia, Baim Wong, 44, dimana dia mendedahkan, tek@nan daripada k0nflik rumah tangganya dengan Paula Verhoeven turut memberi k£san kepada kesihatan bapanya, Johnny Djaelani sebelum meninggal dunia pada 7 Januari lalu akib@t tum0r pankr£as.
Baim atau nama sebenarnya, Muhammad Ibrahim, 44, berkongsi perkara itu menerusi temu bual bersama p0dcast di saluran YouTube milik Denny Sumargo.
Dalam temu bual tersebut, Baim akhirnya bersuara mengenai peny£salan terbesarnya selepas bercerai dengan Paula, dimana kata pelakon itu, bapanya sering mengikuti perkembangan isu yang melibatkan dirinya termasuk kisah rumah tangga bersama bekas isteri.
Jelas Baim lagi, apa yang berlaku dalam hidupnya ini merupakan detik paling suk@r kerana ujian demi ujian silih berganti sehingga menj£jaskan kehidupannya secara menyeluruh.
Bagaimanapun, Baim meluahkan rasa syukur kerana masih dikelilingi individu yang sentiasa memberikan semangat, termasuk golongan agamawan yang menghubunginya untuk menunjukkan tanda sokongan.
"Itulah titik paling rendah dalam hidup saya. Tapi saya bersyukur ramai ustaz yang WhatsApp saya. Mereka bagi kata-kata semangat," tuturnya.
Pada 16 April lalu, Baim dan Paula sah bercerai talak satu selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.
Untuk makluman, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada November 2018 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Kiano, 3, dan Kenzo yang kini berusia dua tahun.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment