Baru-baru ini, penyanyi terkenal Indonesia iaitu Bunga Citra Lestari atau mesra disapa BCL, telah menziarahi kubur Allahyarham suaminya, Ashraf Sinclair bersama anaknya, Noah Aidan, yang terletak di San Diego Hills, Karawang, Jawa Barat, Indonesia, kelmarin.
Difahamkan, kunjungan mereka bertujuan 'meraikan' ulang tahun ke-40 (mengikut usia terakhir Ashraf semasa hidup), arwah suaminya yang juga bapa kepada Noah itu.
Kehadiran BCL dan anak lelakinya ke kubur pada Khamis itu juga kerana tarikh tersebut merupakan hari ulang tahun arwah yang ke-46 (usia terkini jika masih hidup).
Perkongsian ini turut disertakan lagu nyanyiannya berjudul 'Karena Kita Bersama', manakala menerusi kapsyen di media sosial, BCL menulis perkataan "Forever 40. Happy birthday in heaven (selamat ulang tahun di syurga)."
Kata BCL, walaupun Ashraf sudah meninggal dunia, kehangatan dan sifat baik arwah suaminya itu sentiasa berada dalam kenangan : "Semoga ada perayaan indah di sana," tuturnya.
Bagaimanapun, kehadiran BCL menziarahi kubur arwah suaminya itu telah menc£tuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.
Menerusi hantaran itu juga, ada pengikut yang kurang senang dengan perkongsian dibuat dan berpendapat BCL tidak sepatutnya membuka pintu hati kepada insan baharu.
"Kalau saya jadi kamu, cinta sejati tiada pengganti dengan orang lain. Fokus saja pada anak dan diri sendiri."
"Sudah sempurna jadi ibu tunggal anak satu, kenapa mesti nikah lagi," tulis beberapa pengikut.
Walaupun begitu, terdapat juga pengikut yang masih memuji kehadiran BCL menziarahi kubur Allahyarham Ashraf walaupun sudah membina keluarga baharu bersama Tiko Aryawandha.
Klik untuk gambar besar
"Bunga dilihat begitu mencintai arwah," komen-komen pengikut lain.
BCL dalam perkongsian di media sosial menjelaskan, biarpun kembali bergelar isteri, dia tetap tidak sesekali melupakan arwah Ashraf, begitu juga anaknya tidak pernah melupakan Allahyarham bapanya itu.
"Selamat hari lahir di syurga. Kami kirimkan kasih sayang dan doa bersama setiap sinar cahaya yang sampai kepadamu. Kehangatanmu masih terasa bersama kami, dalam setiap ingatan dan kenangan," tulis BCL.
Untuk makluman, BCL bahagia melayari alam perkahwinan dengan Ashraf selama 11 tahun, sebelum pelakon itu meninggal dunia semasa tidur akib@t s£rangan jantung, pada usia 40 tahun pada 18 Februari 2020.
Hasil perkongsian hidup bersama, mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Noah yang kini berusia 14 tahun.
Selepas beberapa tahun pemergian Ashraf, BCL akhirnya bertemu jodoh dengan Tiko Aryawardhana, dimana mereka bernikah dalam sebuah majlis tertutup di sebuah resort mewah di Bali dan hanya dihadiri keluarga serta teman rapat sahaja pada 2 Disember 2023.
Terdahulu, Tiko yang juga merupakan seorang duda kepada tiga orang cahaya mata perempuan, bercerai dengan bekas isteri pada 2021.
Dalam perkembangan lain, BCL akan datang semula ke Malaysia bagi menjayakan konsert BCL: Eternal Love Timeless Romance, di Plenary Hall, KL Convention Centre pada 27 September ini.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment