"Anak-anak saya tak ambil pinjaman, semua saya bayar sendiri. Saya tak nak mereka habis belajar tapi kena tanggung hut@ng. Selagi saya mampu bekerja, saya akan teruskan bayar yuran. Kalau boleh sampai peringkat master pun saya sokong sebab ilmu itu sangat penting."
Itulah jelas pelakon dan pengacara, Raja Azura, 53, ketika mengimbas peng0rbanannya, dimana dia menanggung sepenuhnya kos pengajian anak-anaknya itu tanpa menggunakan pinjaman pelajaran kerana tidak mahu mereka terb£ban dengan hut@ng selepas tamat pengajian.
Dalam pada itu, Raja Azura atau nama penuhnya, Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin berkata, dia kagum apabila melihat anak-anaknya itu berjaya ke menara gading hasil titik peluh sendiri.
Ujarnya yang mesra disapa Kak Engku, melihat anak-anaknya mengenakan jubah konvokesyen memberi satu kepuasan yang tidak dapat digambarkan kerana segala penat lelah membesarkan mereka seorang diri akhirnya terbayar.
"Bila anak pakai jubah, Allah saja tahu perasaan saya. Dia beri kekuatan untuk saya jadi ibu yang cekal. Saya bangga dapat melangkah empat kali lagi ke dewan canselor UiTM untuk meraikan kejayaan mereka," tuturnya.
Klik untuk gambar besar
Disamping itu, Raja Azura yang sudah 15 tahun bergelar ibu tunggal ini memberitahu, walaupun sering ditanya soal mencari pasangan hidup, namun fokus utamanya tetap pada anak-anak.
"Saya tak pilih untuk cari pasangan. Hidup saya hanya di rumah dan ke mana-mana pun dengan anak-anak. Cinta dan kasih sayang saya semuanya untuk mereka. Saya sanggup buang rasa mar@h, b£nci dan kec£wa demi nak membesarkan anak-anak dengan ikhlas," katanya.
Untuk makluman, Raja Azura pernah mendirikan rumah tangga dengan Adzmin Osman pada tahun 2001, namun mereka bercerai pada 28 September 2010.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Megat Muhammad Raziq Adzmin, 23, Megat Luqman Hakim Adzmin, 22 dan Puteri Mia Maizura Adzmin, 20.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment