Pelakon Zara Zya menerusi perkongsian yang dimuat naik di Thr£ads, telah berkongsi satu kisah dimana wang miliknya tercicir dan ia telah berlaku selepas dia ke bank untuk mengaktifkan kadnya semula yang dis£kat.
"Kad bank saya kena se£kat dan saya ke bank untuk unbl0cked. Selepas itu sajalah nak cuba kad di mesin ATM. Keluarkanlah duit dan berlalu pergi. Dah sampai rumah, baru teringat yang kad bank saya ambil tapi duit tak ambil," tulisnya.
Berhubung perkongsiannya itu, Zara yang enggan mendedahkan jumlah wang miliknya yang les@p di mesin ATM selepas terlupa mengambilnya, bagaimanapun reda dan menganggap tiada rezeki kerana sudah lama tidak bersedekah.
Dalam pada itu, Zara berkata, selepas perkongsiannya itu tular, seorang individu meninggalkan komen mendakwa menemui wang di mesin ATM dan bertanya sama ada ia milik pelakon drama 'Love You Mr Arrogant' itu
Klik untuk gambar besar
Namun, jelas Zara atau nama sebenarnya, Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 40, wang yang ditemui itu bukan miliknya kerana berlaku di lokasi berbeza.
"Kejadian berlaku di sal@h satu bank di Klang, Selangor. Saya ke ATM dalam waktu tengah hari. Berapa jumlah wang yang dikeluarkan itu tak perlulah saya kongsi.
"Saya anggap tiada rezeki sebab dah lama tak bersedekah. Memang ada orang yang komen beritahu terjumpa wang di mesin ATM tetapi ia bukan milik saya," ujarnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment