22 September 2025

DIK£JARKAN KE HOSPITAL - ABBY ABADI ALAMI DEM4M PANAS, DISAHKAN HIDAP V1RUS INFLU£NZA



"Selepas balik daripada sesi latihan, terus rasa tidak sedap badan tapi belum t£ruk lagi. Esoknya, pagi sebelum konsert, ada latihan lagi masa itu dah rasa lain dah badan ni. Saya tetap kuatkan semangat. Saya tetap menjayakan konsert ni walaupun ketika itu saya sudah s@kit tekak dan selesema."

Demikian kata anggota kumpulan Elite, Abby Abadi, 48, dimana kongsinya, dia dimasukkan ke hospital lepas selesai menjayakan konsert Elite Live In Kuala Lumpur pada malam Sabtu di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) akibat dem@m panas dan disahkan menghidap v1rus influ£nza.

Jelas Abby atau nama sebenarnya, Arbaiyah Abdul Manan, menerusi perkongsian di media sosial, kesihatannya mula terg@nggu semasa sesi rehearsal sebelum konsert apabila menghidap dem@m.

Tambahnya lagi, dia tetap berusaha untuk melakukan yang terbaik serta profesional menjayakan konsert yang penuh meriah itu tanpa sebarang mas@lah, biarpun berada dalam keadaan tidak sihat.

Klik untuk gambar besar

"Selepas balik daripada sesi latihan, terus rasa tidak sedap badan tapi belum t£ruk lagi. Esoknya, pagi sebelum konsert, ada latihan lagi masa itu dah rasa lain dah badan ni.

"Saya tetap kuatkan semangat. Saya tetap menjayakan konsert ni walaupun ketika itu saya sudah s@kit t£kak dan sel£sema," ujarnya yang turut berkata, suhu badannya ketika itu mencatat bacaan 40 darjah celsius.

"Lem@h rasa badan, itu yang hilang fokus. Saya minta maaf kepada semua yang terlibat terutamanya anggota Elite, X Factor dan yang datang menyaksikan konsert Elite," katanya.

Perkongsiannya itu meraih perhatian rakan-rakan selebriti dan pengikutnya, dimana rata-rata mereka mendoakan agar Abby segera diberikan kesembuhan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: