22 September 2025

SELAMAT BERSALIN - AFIFAH NASIR TIMANG BAYI SULUNG, LELAKI



"Dicipta dengan penuh kasih sayang, diberkati Allah. Alhamdulillah, anugerah terindah dalam hidup kami akhirnya hadir juga. Syed Armand Mateen selamat dilahirkan ke dunia ini."

Itulah tulis pelakon Afifah Nasir, 32, menerusi media sosial miliknya, dimana dia dan suami, Syed Hariz telah menyambut kelahiran cahaya mata sulung yang merupakan seorang bayi lelaki, petang semalam.

Dalam perkongsian itu juga, Afifah atau nama sebenarnya Nur Afifah Nasir, 32, turut meluahkan rasa syukur rezeki beroleh zuriat hadir tepat setahun selepas mendirikan rumah tangga.

Pelakon itu turut berkongsi momen terindah penuh menyentuh em0si dalam sebuah foto dahinya dicium Hariz bersama anak mereka yang dinamakan Syed Armand Mateen.

Berita gembira berkenaan juga disambut dengan ucapan tahniah serta doa daripada orang ramai yang mendoakan yang baik-baik buatnya.

Klik untuk gambar besar

"Alhamdulillah, tahniah Afifah dan suami. Selamat berpantang. Nama anak sangat indah, semoga membesar menjadi anak soleh. Momen ini terlalu manis.

"Sebagai seorang ibu, saya tersentuh tengok ini, rasa mahu beranak lagi," demikian antara komen-komen peminat.

Sebelum ini, Afifah berkongsi khabar gembira dirinya hamil pada Mei lalu selepas setahun mendirikan rumah tangga.

Afifah menzahirkan rasa syukur kerana impian menimang cahaya mata lelaki akhirnya dimakbulkan Allah, sekali gus melengkapkan kehidupan baharu mereka sebagai suami isteri.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: