"Sarima (anak kedua) lebih tenang dan fokus dengan dunia sendiri. Dia sama macam saya, tapi perangai Salama agak berbeza. Contohnya dia akan menari dengan penuh perasaan macam diva.
"Dia ada groove dan attitude yang tersendiri. Itu yang buatkan saya dan isteri nampak bakat dia. Dekat rumah pun dia pandai berdrama. Kadang-kadang buat-buat menangis semata-mata nak tarik perhatian."
Itulah kata pelakon Shaheizy Sam, 42, dimana dia melihat anak bongsu, Salama Samheizy, 3, mempunyai kecend£rungan lebih ketara terhadap bidang seni berbanding anak-anaknya yang lain.
Anak bongsu pasangan ini sering dilihat menghiburkan dengan gelagat mencuit hati serta menonjolkan bakat seni semula jadi.
Klik untuk gambar besar
Dalam ada itu, Sam men£gaskan dia tidak pernah menghalang jika ada di antara mereka yang mahu mengikut jejak langkahnya dalam bidang lakonan, ketika berkongsi tentang perancangan masa depan anak-anaknya.
"Kalau ada minat, kenapa tidak? Tambah pula kalau mereka tahu bawa diri dan pandai uruskan kerjaya dengan baik. Industri seni bukanlah set£ruk yang disangka. Saya percaya, bila mereka besar nanti, filem dan industri seni kita pun sudah lebih maju," jelasnya.
Ulas Sam lagi, minat anak-anak tetap menjadi keutamaan dan dia tidak mahu memaksa mereka untuk memilih sesuatu bidang hanya kerana kehendak ibu bapa.
"Kalau mereka tak minat, tak perlulah paksa. Zaman kita dulu, keluarga selalu tek@nkan mesti jadi doktor atau jurutera. Tapi kalau tak minat, kita akan buat tanpa jiwa. Saya lebih suka mereka buat sesuatu yang benar-benar mereka suka dan lakukan dengan sepenuh hati," ujarnya.
Untuk makluman, Sam dan Syatilla mendirikan rumah tangga pada tahun 2016 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy, Sarima Samheizy, dan Salama Samheizy.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment