01 September 2025

"MEMANG JAUH & JANGAN DIBANDINGKAN" - AMENG SPRING SIFATKAN TIADA PERBANDINGAN DARI SEGI VOKAL & PENGALAMAN ANTARANYA & ANAK, HAIKAL



"Saya dah masuk menyanyi di seluruh pelusuk tanah air, dah menyanyi di depan kenamaan, depan Raja-Raja dan dalam istana serta pelbagai acara lagi.

"Saya ada sekitar 20 lagu popular yang pernah keluar di radio kalau nak dibandingkan dengan Haikal yang baru nak menapak ini. Memang jauh dan jangan bandingkan.

"Jangan banding dan sebenarnya kita ini dalam bidang muzik ini, kita nak membangunkan industri supaya industri itu lebih maju lagi."

Demikian kata penyanyi Ameng Spring, 56, dimana dia menyifatkan tiada perbandingan dari segi vokal dan pengalaman antara dia dan anak bongsunya, Wan Ammar Haikal yang menyertai pr0gram realiti 'Talk To My Manager' (TTMM).

Ujar Ameng atau nama sebenarnya, Wan Aminuddin Wan Ismail, pencapaiannya dalam bidang seni suara yang kini menjangkau usia 30 tahun itu dikira sudah maksima.

Sebagai contoh, Ameng berkata, suaranya lebih kena dengan lagu balada, manakala suara Haikal terarah kepada konsep nyanyian yang dipopularkan oleh penyanyi seberang, Indonesia.

Klik untuk gambar besar

"Jadi, suara begitu yang sekarang ini orang tengah cari sebenarnya. Mereka dah tak nak suara macam saya. Saya dah buat lagu baru. Ada lapan 'single' baru.

"Semua orang tak boleh terima. Mereka nak lagu 'Bourgenvilla', sebab suara saya ini suara model lama. Cuba suara sekarang buat macam ini.

"Mungkin suara dia boleh, dia lain sikit lah. Dia sebenarnya mengikut peredaran masa. Saya pernah juga dedahkan Haikal menyanyi di karnival," jelasnya.

Dalam pada itu, ulas Ameng lagi, sebagai bapa, dia yang pernah melalui titik hit@m dalam hidupnya, sentiasa memantau perkembangan anaknya.

Tambahnya, dia gembira Haikal dapat menjaga peribadinya dengan baik, termasuk tidak mer0kok dan menghis@p v@pe.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: