09 September 2025

MICKEY AYO KONGSI FOTO BERSAMA NORA DANISH MAIN 'PICKLEBALL' - NETIZEN 'RESTU' HUBUNGAN MEREKA



Jejaka yang didakwa mempunyai hubungan dengan pelakon Nora Danish iaitu Mickey Ayo baru-baru ini memuat naik foto mereka bersama buat kali pertama di media sosial miliknya, selepas d£sas-d£sus kisah percintaan hangat diperkatakan.

Dalam perkongsian itu yang hanya meletakkan muzik latar lagu berjudul 'Surat Hati' yang dinyanyikan Devano tanpa meletakkan sebarang kapsyen, memaparkan kedua-dua mereka dilihat meluangkan masa bersama bermain 'pickleball'.

Hantaran itu mendapat pelbagai respons dalam kalangan pengikut, dimana rata-ratanya mendoakan kebahagiaan mereka dan berharap agar Nora dan Mickey segera mendirikan rumah tangga.

Selain itu, netizen juga percaya Nora atau nama sebenarnya, Nora Mohd Danish Hanif, 43, dan lelaki terbabit sudah lama saling mengenali hati budi.

"Dia orang memang sudah lama kawan pun, cepat sikit kahwin.

Klik untuk gambar besar

"Alhamdulillah sama padan! kami setuju!" itulah antara komen-komen netizen.

Kisah Nora dan Mickey sebelum ini mula menjadi perhatian selepas pelakon itu sendiri memuat naik satu hantaran menunjukkan rakaman panggilan video dia bersama Mickey.

Sebelum ini, Nora menafikan dakwaan bakal mendirikan rumah tangga dengan lelaki berstatus duda yang mempunyai tiga cahaya mata.

Jelas Nora yang juga ibu tunggal kepada dua cahaya mata itu, foto dan video viral yang tular di media sosial, hanyalah sekadar kempen pemasaran pr0duk yang tidak berkaitan dengan dirinya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: