"Kami tidak memilih, janji sesuai dan boleh bawa lagu Search serta senang bekerjasama sebab kami sudah ada pengalaman, jadi apa sal@hnya berkongsi rezeki.
Demikian jelas gitaris kumpulan rock Search KidDin, iaitu Din atau nama sebenarnya, Nordin Mohd Taib, 62, yang mengulas mengenai pemilihan vokalis.
Akui kumpulan itu lagi, sehingga kini masih belum mempunyai vokalis tetap dan mereka akan menggunakan khidmat Pasya Mentor sebagai vokalis sementara.
Dalam pada itu, ujar Pasya pula, meskipun ada dakwaan kononnya dia tidak layak bersama kumpulan berkenaan, namun perkara itu tidak membuatkannya berk£cil hati.
"Ini merupakan kali kedua saya bekerjasam dengan Search, sebelum ini di persembahan di Pulau Pinang, saya akan cuba berikan terbaik dan tidak berk£cil hati pun dengan apa orang fikir soal saya bila masuk Search ni," katanya.
Dalam perkembangan lain, Search dan XPDC Militia bakal mengadakan persembahan di Konsert Fenomena Samurai pada 13 Disember depan di Kuching, Sarawak.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment