09 September 2025

TERKIL4N SEGELINTIR PIHAK KRIT1K & HENT4M SESAMA KAUM - ZARINA ZAINUDDIN KATA TAK PERLU BANDINGKAN FAZURA DENGAN SESIAPA, DIA DALAM KELAS TERSENDIRI



Pelakon senior, Zarina Zainuddin menerusi media sosial tampil menyuarakan pandangannya, dimana dia meminta agar bekas isteri kepada pelakon Fattah Amin iaitu pelakon dan usahawan, Nur Fazura, tidak terus dibandingkan dengan mana-mana wanita lain, berikutan pengumuman perkahwinan Fattah bersama penyanyi Amira Othman.

Dalam pada itu, pelakon berusia 54 tahun ini berkata, tidak wajar menjadikan Fazura bahan perbandingan kerana dia mempunyai keistimewaan tersendiri sebagai seorang wanita berkelas.

"Fazura itu di kelasnya yang tersendiri. Tak perlu bandingkan dia dengan sesiapa. Jauh bezanya, dia wanita mahal yang berkelas," katanya.

Akuinya lagi, dia yang mesra dengan kedua-dua selebriti itu pernah mendoakan agar Fattah dan Fazura berdamai demi anak mereka, namun menerima hakikat bahawa kini masing-masing membawa haluan sendiri.

Ujar Zarina, dia tetap mendoakan kebahagiaan kedua-duanya, meskipun Fattah sudah memilih pengganti, manakala Fazura pula kekal bersendirian.

"Dulu saya pernah doakan agar Fattah dan Fazura berbaik demi anak. Tetapi nampaknya Fattah lebih dulu mencari pengganti, sementara Fazura masih sendiri.

Klik untuk gambar besar

"Saya sayang Fazura, saya juga suka Fattah. Semoga mereka berbahagia dengan cara masing-masing," tuturnya.

Disamping itu, Zarina juga meluahkan rasa terkil@n dengan tindakan segelintir pihak, khususnya wanita yang tanpa rasa simpati mengkrit1k dan menghent@m sesama kaum.

Kata pelakon itu, sebagai wanita seharusnya mereka saling menyokong, bukannya men1ndas dengan kata-kata yang meny@kitkan.

Zarina dalam masa sama turut menyifatkan Fazura sebagai wanita tabah dan mendoakan agar pelakon dan usahawan itu terus melangkah ke hadapan dengan kekuatan tersendiri.

"Sebagai seorang perempuan, tentulah saya menyokong perempuan, sebab perempuan lebih faham perasaan perempuan.
"Saya baca banyak komen, perempuan lebih-lebih menghent@m perempuan lain. Kata-kata itu sangat meny@kitkan.

"Bila terkena pada diri sendiri baru tahu rasa. Saya kata, teruslah Fazura terbang tinggi, awak wanita kuat," ujarnya.

Terdahulu, Fattah meng£jutkan peminat apabila mengumumkan bakal bernikah dengan Amira pada 14 September ini, bertepatan dengan tarikh ulang tahun kelahirannya.

Untuk makluman, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada November 2017, sebelum berpisah pada Oktober tahun lalu.

Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia lima tahun.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: