"Saya masih tamak dengan jawatan saya sebagai 'Presiden Duda'. Mungkin nak pegang jawatan itu dalam sepenggal atau 10 penggal lagi. Saya tak tahu, itu semua rahsia Allah.
"Kalau ada jodoh boleh sahaja nak menikah, tapi sekarang Tuhan bagi macam-macam rezeki. Jadi kalau Tuhan nak beri saya jodoh, mesti Dia akan bagi."
Itulah kata pelakon Sharnaaz Ahmad, 40, secara berselor0h, dimana dia memberitahu mahu kekal memegang jawatan 'Presiden Persatuan Duda Malaya'.
Sharnaaz atau nama penuhnya, Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, berkata demikian selepas dia menyambut baik berita gembira pelakon Fattah Amin yang bakal bernikah dengan penyanyi Amira Othman pada 14 September ini (Ahad).
Dalam pada itu, Sharnaaz yang gembira melihat rakan artis ini kembali mendirikan rumah tangga, reda dia belum dikurniakan rezeki ke arah itu
Klik untuk gambar besar
"Nak kata memilih, bukanlah saya cari wanita 'perfect 10'. Saya rasa biarlah jodoh ini datang cari. Kalau saya yang cari, belum tentu orang itu akan sayang macam mana saya sayang dia.
"Tapi kalau jodoh itu datang dengan sendiri, itu 100 peratus lebih baik rasanya daripada saya yang terlalu mencari," ujarnya.
Selain itu, berkongsi lanjut mengenai kehidupannya sebagai duda, Sharnaaz mengakui, pernah didekati wanita namun setakat ini dia lebih selesa untuk berkawan tanpa berfikir ke arah s£rius.
Tambahnya lagi, meskipun ada masa tertentu timbul rasa sepi apabila memerlukan teman di sisi, namun dia bahagia melalui fasa sekarang.
"Jujur cakap memang ada yang cuba mendekati dan ada juga saya dekati. Tapi saya rasa berkawan sahaja lebih baik. Kalau nak cakap terfikir ke arah hubungan yang s£rius, setakat ini memang tiada. Kalau ada, saya dah bagitahu.
"Saya gembira sahaja lalui fasa sekarang, cuma mas@lahnya bila saya s@kit, hari raya, buka puasa... mas@lah tak banyak tapi ada. Mas@lah itu bila kita perlukan teman," jelasnya.
Untuk makluman, Sharnaaz pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan Noor Nabila pada 31 Mac 2017, namun ikatan perkahwinan tersebut terlerai pada 9 Julai 2020.
Hasil perkahwinan itu, mereka memiliki seorang cahaya mata lelaki iaitu Jebat Jayden yang kini berusia tujuh tahun.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment