"Alhamdulillah ketika ini saya masih melakukan persiapan, hopefully semua berjalan lancar. Mohon doa daripada kalian agar semua baik-baik. Ini juga mungkin asbab daripada doa-doa kalian, saya harap semuanya berjalan dengan lancar. Doakan yang terbaik untuk kami."
Demikian ujar penyanyi Amira Othman dalam satu temu bual, dimana jelasnya, persiapan majlis pernikahannya bersama pelakon Fattah Amin masih sedang berjalan serta memohon orang ramai mendoakan yang baik-baik.
Kelmarin, teka teki tentang hubungan Fattah dan Amira akhirnya terjawab apabila mereka mengumumkan bakal mendirikan rumah tangga pada Ahad ini yang juga merupakan ulang tahun kelahiran pelakon itu.
Dalam pada itu, Amira yang bakal bertukar status menjadi isteri tidak lama lagi, berkata, dia mahu menjadi versi terbaik dirinya serta percaya dalam rumah tangga akan ada ujian, namun baginya matlamat utama perkahwinan untuk bersama-sama menuju ke syurga.
Klik untuk gambar besar
"Saya ingin menjadi versi terbaik diri saya supaya semuanya baik-baik sahaja. Saya percaya pasti akan ada ujian, turun dan naik tetapi perkahwinan itu matlamatnya ingin ke syurga," tuturnya.
Sementara itu, rakan-rakan terdekat Amira mula membuka rahsia tentang persediaan penyanyi itu bergelar isteri, selepas mengumumkan tarikh hari bahagia.
Sal@h seorang rakan Amira iaitu Nellysa Aina turut berkongsi momen sekitar majlis 'bachelorette party' yang diadakan buat bakal pengantin menerusi hantaran yang dimuat naik di media sosial.
Dalam perkongsian itu, Amira atau nama penuhnya, Nadia Amira Othman, 32, dilihat manis mengenakan baju berona putih di dalam sebuah majlis sederhana yang dikelilingi rakan terdekat.
Menurut Nellysa, dia sudah lama menyimpan rahsia dan tidak sabar berkongsi khabar gembira itu kepada orang ramai.
"Lama simpan rahsia ni, akhirnya boleh post! Kami sangat gembira untuk mu. Kamu adalah bukti nyata bahawa sabar itu manis, dan Allah sentiasa membal@s hati yang sabar dengan anugerah yang paling indah," tulisnya.
Tambahnya lagi, dia pernah melihat Amira berada di titik terendah, namun kini teruja melihat kebahagiaan rakannya itu serta mendoakan agar kebahagiaan milik Amira dan juga bakal suaminya.
"Saya pernah melihatmu di saat yang paling suk@r, dan kini saya tak sabar untuk melihatmu di saat paling bahagia. Kamu benar-benar layak mendapat yang terbaik.
"Semoga mahligai ini sentiasa dipenuhi mawaddah, rahmah dan keberkatan dan sentiasa di dalam lindunganNya," kongsinya.
Pada petang Isnin, dunia hiburan dik£jutkan dengan k£jutan oleh Fattah yang membuat lamaran terbuka kepada Amira.
Momen istimewa itu berlaku ketika Amira dan adiknya yang juga penyanyi, Irfan Haris sedang membuat persembahan duet lagu baharu mereka berjudul 'Rasa & Takdir'.
Dalam pengumuman itu, Amira dan Fattah bakal bernikah dalam sebuah majlis yang dijadual berlangsung pada 14 September.
Berita gembira itu membuatkan peminat mereka teruja dan dilihat membanjiri ruangan komen muzik video lagu terbaru Amira serta menitipkan doa buat penyanyi itu dan Fattah yang bakal berkahwin.
Selain itu, ada yang mengatakan pada awalnya seakan tidak percaya dengan pengumuman berkenaan dan seperti mahu menangis sebaik saja mendapat tahu mengenai berita tersebut.
Malah, ada diantara mereka sebak mendengar lagu berkenaan, namun dalam masa yang sama tumpang gembira dengan berita perkahwinan pasangan itu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment