"Pasya mempunyai lenggok suara dan daya tahan yang baik. Malah, senang untuk kami (Search Kid Din) bekerjasama dengan dia. Bagi saya, itu antara kriteria yang kami cari untuk seorang penyanyi.
"Jadi, kami memang melihat Pasya sebagai antara penyanyi yang ada semua itu (kriteria dicari). Bahkan, satu perkara lagi adalah kami sebenarnya tidaklah begitu memilih.
"Janji penyanyi itu sesuai, boleh bawa lagu dengan baik dan senang bekerja. Sebab kami juga sudah berpengalaman dan bukan band baharu yang mencari penyanyi.
Itulah jelas anggota Search Kid Din iaitu Din atau nama sebenar, Nordin Mohd Taib, 62, dimana katanya, dia dan Kid, 58, melihat bakat Pasya, 31, sebagai antara penyanyi muda yang mampu memenuhi kriteria untuk menggalas tanggungjawab vokalis Search.
Ujar Din lagi, dia dan Kid menyifatkan pemilihan Pasya sebagai penyanyi kumpulan itu untuk Konsert Fenomena Samurai bersama XPDC di Sarawak nanti adalah tepat.
Tambahnya, bagi dia dan Kid mudah untuk bekerjasama iaitu siapa yang sesuai dan mahu menimba ilmu serta pengalaman dengan mereka, tiada masalah untuk jalin kerjasama.
"Lagi pula, kami fikir kenapa tidak untuk berkongsi dengan orang muda (penyanyi). Ramai penyanyi yang boleh menyanyi, tapi untuk Search Kid Din kami mahukan penyanyi yang ada karakter," tuturnya.
Search Kid Din dan XPDC akan bersatu dalam Konsert Fenomena Samurai anjuran bersama Seni Simfoni dan Bintang Batu Event berlangsung di Stadium Sarawak, Kuching pada 13 Disember depan.
Sementara itu, Pasya yang juga bekas peserta Mentor musim ketujuh di TV3, berkata, dia ketika ini masih dalam proses membina keserasian bersama kumpulan itu sebagai vokalis band terbabit.
Jelas Pasya atau nama sebenarnya, Faizul Ashraff Fauzi, dia juga sudah mula selesa bersama anggota lain iaitu Din selaku pemain gitar, Kid (gitar), Minn (dram) dan Wan Braka (bass).
"Saya sudah buat persembahan bersama Search Kid Din sejak 'show live' pertama kami di Pulau Pinang pada Jun lalu. Jadi, kalau diikutkan konsert ini nanti adalah persembahan kedua saya bersama mereka.
"Alhamdulillah, saya sudah bersama mereka sejak persembahan di Pulau Pinang itu. Jadi, bila sahaja dapat akan berada satu pentas bersama band ini lagi, saya fikir ia satu pengalaman berharga.
"Saya pun sudah mula selesa bekerja bersama mereka untuk konsert dan nantikanlah. Pasti akan lebih seronok dan lebih 'gan@s' lagi," katanya yang amat mengagumi lagu-lagu Search.
Menurut Pasya lagi, statusnya bersama Search Kid Din ketika ini adalah vokalis undangan mengikut projek dan bukan tetap dan berhubung itu, dia tiada mas@lah untuk mereka terus bekerjasama.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment