"Alhamdulilah sekarang masih teruskan berdakwah, cuma di negeri Selangor saja tidak dibenarkan tetapi negeri lain masih teruskan macam biasa.
"Fokus saya sekarang tidak lagi tertumpu ke arah situ tetapi lebih kepada dunia yang lebih luas dan besar serta membolehkan saya berdakwah tanpa sempadan.
"Walau medium berbeza tapi saya teruskan berjalan melakukan dakwah kerana matlamatnya tetap sama."
Demikian jelas pendakwah bebas, Ustaz Don Daniyal, dimana dia yang sibuk menguruskan perniagaan, kini lebih selesa memberikan fokus dakwah menerusi platf0rm digital.
Ditanya mengenai kontr0versi yang dilalui tahun lalu, Ustaz Don atau nama penuhnya, Don Daniyal Don Biyajid, 41, berkata, perkara itu membuka ruang baharu buat dirinya untuk lebih aktif menghasilkan kandungan dakwah di media sosial.
Kata Ustaz Don lagi, medium digital itu membuatkan dirinya lebih dekat dengan masyarakat, malah medium digital tersebut turut menerima sambutan luar biasa daripada pengikut.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment