04 September 2025

INTEAM TARIK DIRI DARI KONSERT NUR KASIH - PENGANJUR AKUR



Kumpulan nasyid popular, Inteam telah menarik diri pada saat akhir kerana terikat dengan k0ntrak bersama pihak lain dan berhubung itu, penganjur Konsert Inteam X Hijjaz : Konsert Nur Kasih terpaksa akur dengan ketiadaan mereka.
Pengarah Urusan 10 Pro Event Management, Kamrol Isam Mohd, berkata, pihaknya tidak mahu menyal@hkan mana-mana pihak atas apa yang berlaku itu.

"Sebenarnya, kita baru dimaklumkan pihak Inteam kelmarin mereka terikat dengan k0ntrak yang sudah ditandatangani dengan pihak lain. Dari kena sam@n lebih baik mereka tarik diri.

"Pihak kami juga tidak mahu ada apa-apa mas@lah dengan mana-mana artis termasuk kumpulan Inteam dan hormati kehendak (keputusan) mereka," katanya.

Difahamkan, Konsert Cinta Rasul kini akan dijayakan kumpulan Hijjaz dengan penampilan khas kumpulan UNIC dan Rabbani.

"Memang pada mulanya sedikit kec£wa bila Inteam menarik diri pada saat akhir, tapi ia terubat bila kami dapat gabungan baru untuk konsert ini.

"Saya juga berterima kasih pada team kerana walau dalam masa singkat, pihak kami dapat persetujuan daripada UNIC dan Rabbani untuk bergabung bersama Hijjaz dalam konsert ini," tuturnya.

Kongsi Kamrol lagi, Konsert Cinta Rasul bakal membawa penonton menelusuri perjalanan cinta terhadap Rasulullah SAW melalui lagu-lagu yang menyentuh jiwa.

"Kami mensasarkan seramai 4,000 penonton akan hadir memeriahkan konsert nanti. Tiket untuk menonton konsert ini sudah mula dijual pada orang ramai menerusi platform rasmi jam 6 petang semalam," jelasnya.

Konsert ini akan berlangsung di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu jam 8.45 malam pada 3 Oktober nanti.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: