"Memang saya berhati-hatilah. Bila saya tengah em0si memang saya tak dapat nak kawal perasaan mar@h. Jadi sekarang saya rasa sebelum bercakap itu kena fikir dululah.
"Bagi apa-apa kenyataan atau kalau saya ada sal@h cakap dulu, saya minta maaf. Yang lepas itu biarlah lepas dan kita buka buku baru."
Itulah ujar Rezza Shah, 23, dimana penyanyi dan pelakon itu memaklumkan, dia mengambil pendekatan memaafkan kesal@han bekas pengurusnya, selain juga berhati-hati sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.
Sebelum ini, Rezza mendakwa sikap individu terbabit sebagai tidak profesional serta melakukan perkara yang mer0sakkan imejnya sebagai artis.
Kata Rezza, dia bukan sahaja menjadi m@ngsa g@ngguan s£ksual, bahkan terpaksa menanggung b£ban hut@ng, serta turut menjadi m@ngsa c@bul bekas pengurusnya.
Menurutnya lagi, dia juga sudah tiada hubungan dengan individu terbabit dan masing-masing sudah dengan hala tuju sendiri.
"Isu-isu sebelum ini macam senyap begitu sahajalah. Saya okey dah cuba tenangkan diri dan tak nak panjangkan lagi semua ini. Kalau ada sal@h daripada saya saya minta maaf," tuturnya.
Dalam pada itu, akui Rezza, selepas membuat keputusan menamatkan khidmat pengurus itu, kariernya agak terumbang ambing seketika.
"Saya berdepan kepayahan selama beberapa bulan kerana banyak urusan kerja tertangguh disebabkan ada s£lisih faham di situ.
"Jadi saya tak dapat berhubung dengan pihak-pihak yang nak bekerjasama dengan saya. Tapi sekarang ini Alhamdulillah, semua dah faham situasi sebenar saya.
"Syukurlah saya sekarang dah ada pengurus baharu. Yang penting dia tiada 'drama-drama' apa semua. Dia agak profesional buat kerja sahaja. Semua okey," katanya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment